Salam kasih Kerana Allah
Saturday, June 15, 2019
Wanita Istimewa
Begitu indah caranya, aku juga ingin begitu. Bacalah tulisan ini....
"Aku jatuh cinta dengan caramu. Tertib sekali kamu menjaga dirimu.
Ketika wanita lain sibuk bermedia-sosial, bersuai-kenal dengan lelaki- lelaki pilihan mereka,
kamu sekadar berbahasa singkat, justeru berusaha tidak terlalu keterlaluan. Kamu sikitkan percakapan.
Ketika wanita lain, asyik melayani dan mudah menyukai foto-foto lelaki tampan, menggilai fizikal sado dan wajah-wajah harapan, kamu memilih memuja hal-hal yang ada penerapan ilmu. Kamu ada caramu sendiri. Memilih puji yang sederhana, tidak melalaikan mata. Kamu lebih menjaga imanmu dengan mengingatkan diri bahawa apa yang termuat daripada kehadiran lelaki hanyalah godaan imanmu.
Ketika wanita lain, sibuk mencari jodoh yang soleh, yang baik dan cocok dengan mereka, kamu hanya memilih memperbaiki peribadimu. Kamu mangajarkan dirimu bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah yang belum tentu tertulis untukmu di dunia sedangkan ajal hanya dirahsiakan masa yang datangnya dicatat pasti, tiada siapa pun dapat hindari. Lebih pasti daripada jodohmu. Lalu kamu berusaha untuk menjadikan dirimu diampuni Allah selalu. Seolah kamu ingin diterima Allah segenap hatimu.
Kamu mengajar dirimu bagaimana harus cinta itu berlabuh. Sewajarnya bagaimana kamu mendahulukan cintamu kepada Allah, tidak menduakan kasihmu kepadaNya. Masha-Allah, ia begitu menyentuh perasaanku terhadapmu. Aku belajar daripada penampilanmu.
Melihatkan ahlakmu, aku lantas mendoakan agar aku dapat dijodohkan dengan wanita sepertimu kerana aku tahu Insha-Allah, hidup bersama seorang yang sepertimu ada redho Allah yang terbayang di hatiku. Moga Allah membuatkan aku miliki keikhlasan lurus sepertimu hingga aku dapat juga mendampingi wanita yang seistimewa kamu. Jika pun tidak layak untuk aku bersamamu, kamu akan tetap menjadi sebahagian daripada perjalanan hijrahku. Amin. Allahuma Amin.
•Bicara seorang hamba lelaki yang mengkagumimu"
Subhanallah.
Kerdilnya diri apabila membaca coretan di atas. Bukan aku wanita yang istimewa itu. Astgahfirullah.
Friday, June 14, 2019
Seorang Kakak
Seorang kakak.
Yang pertama lahir yang diberi kekuatan oleh ibu ayahnya untuk terus kuat demi keluarga.
Kakaklah itu.
Seorang kakak, dia pendam segala kesusahan dirinya demi adik-adik dan ibu-bapanya. Kadang-kadang, dia sakit, dia letih, dia inginkan kelapangan untuk dirinya sendiri, namun dikorbankan semua perasaan keruh di hatinya demi untuk melaksanakan tanggung-jawabnya kepada keluarga.
Kakaklah itu.
Seorang kakak merupakan tiang seri sebuah rumah-tangga. Dialah kekuatan ibu-bapanya. Ada waktu dia rebah dalam senyap tetapi digagahi jua dengan seberapa daya demi mencahayakan keluarganya. Seorang kakak, mahu atau tidak, dialah yang memegang beban untuk cuba menjadi contoh yang terbaik dalam keluarganya.
Seorang kakak, menyimpan senaskah kesedihan sendirian bersama Allah tanpa mengharapkan belas daripada manusia kerana kesedihan itu tidak ingin dia jadikan galasan kepada orang lain.
Seorang kakak mewakili ibu. Dialah pengganti ibu ketika usang ibu telah sampai. Dialah yang cuba melengkapi segala tugas ibu ketika ibu sudah tidak lagi berdaya. Kakaklah itu.
Seorang kakak, mengenepikan haknya untuk kebahagiaan sendiri demi memberi peluang adik-adik yang lain gembira dan bahagia.
Seorang kakak, kasih-sayangnya mungkin tak terlihat sesiapa namun sebenarnya nyawanya pun sanggup diberi kepada orang-orang yang terkasih.
Namun, tidak semua kakak diberi nilai sebagai paling berharga kerana dia hanya seorang wanita biasa yang tidak terlihat dimana istimewanya dia.

Subscribe to:
Posts (Atom)