Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Thursday, December 3, 2015

Semua itu Pengalaman...

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa yang kita sebut "SAYANG, SUKA, CINTA" itu jarang seiring dengan keindahan semuanya. Semuanya dilalui dengan pelbagai kesulitan dan pancaroba sebelum kita mengenal destinasi apa yang akan kita berlabuh.

Zahir dan batin itu tidak didatangkan dengan sihat sepanjang waktu. Kadang zahir tidak sihat, perlu diubat. Begitu juga batiniah kita, kadang-kadang tidak seimbang, tidak sihat dan meracau seolah laparkan sesuatu. Sesuatu yang membawa kelapangan dan ketenangan.

Andaikata, Allah permudahkan semuanya?
Andaikata Allah jadikan dunia ini syurga, dimana tiada suatu pun yang menyakitkan?
Untuk apa sebenarnya yang kita panggil kehidupan?

Cuma, kita ini hamba yang lemah di dalam serba-serbinya. Masa bahagia, masa ujian tiada.., terasa sebentar sahaja. Sedangkan sakit yang sekejab, bagaikan kehancuran yang menyekat nafas bertahun lama.

Waktu derita, membuatkan kita lupa bahawa derita itulah umpan yang akan kita telan sebagai ubat 'kemuliaan' di hujung kehidupan kita. Kita cuma hilang sabar ketika mengharunginya. Kita cuma hilang pegangan yang kita gantungkan ketika  semuanya menghempas jiwa sekali gus.

Sokonglah yang rebah ketika kita tahu kita masih kuat, agar suatu masa, ketika kita lemah, ada sumber yang datang mengembalikan kekuatan kita.
Semua  yang kita lalui ini adalah pengalaman.

Mudah-mudahan Allah berikan jalan yang baik melalui jalan dunia untuk sampai ke akhirat yang baik. Ameen...


Raz.R
3.12.2015
"Stress, but okay"

Tuesday, December 1, 2015

Dusta itu menzalimi

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita kenal seseorang, kita tahu dia tidak pernah berniat buruk terhadap kita dan apatahan lagi dia menyayangi kita maka janganlah dia kita biarkan terumbang-ambing dalam tipu-daya yang kita cipta.


Bukankah Rasulullah s.a.w menyeru kita supaya berkata jujur sekalipun pahit?


Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu, ia berkata: “Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Wajib atas kalian berlaku jujur, kerana sesungguhnya jujur itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu menunjukkan kepada syurga. Seseorang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian sifat dusta, karena sesungguhnya dusta itu menunjukkan kepada keburukan, dan keburukan itu menunjukkan kepada Neraka. Seseorang senantiasa berdusta dan berusaha untuk selalu berdusta sehingga ia ditulis disisi Allah sebagai seorang pendusta.” (Diriwayatkan oleh imam Muslim no. 6586).


Sungguh, kebohongan adalah racun kepada diri kita sendiri dan orang lain. Ia merupakan cabang kepada sifat hati yang zalim lagi menzalimi yg membawa kemusnahan kepada makhluk Allah yang lain.


Apa faedahnya kita berdusta, apabila kita sudah tahu bahawa setiap pembohongan yang kita biasakan itu akan menambahkan kebatilan yang lain?


Astaghfirullahaladziem...


Semoga Allah melindungi kita umat muslimin dan muslimat ini daripada segala tipu-daya syaitan, jin dan manusia. Ameen...


Auzubillahiminasyaitonirrojiem.. 3X



01.12.2015
Raz.R
#Note : Tolong jangan menganiya orang lain.