اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa yang kita sebut "SAYANG, SUKA, CINTA" itu jarang seiring dengan keindahan semuanya. Semuanya dilalui dengan pelbagai kesulitan dan pancaroba sebelum kita mengenal destinasi apa yang akan kita berlabuh.
Zahir dan batin itu tidak didatangkan dengan sihat sepanjang waktu. Kadang zahir tidak sihat, perlu diubat. Begitu juga batiniah kita, kadang-kadang tidak seimbang, tidak sihat dan meracau seolah laparkan sesuatu. Sesuatu yang membawa kelapangan dan ketenangan.
Andaikata, Allah permudahkan semuanya?
Andaikata Allah jadikan dunia ini syurga, dimana tiada suatu pun yang menyakitkan?
Untuk apa sebenarnya yang kita panggil kehidupan?
Cuma, kita ini hamba yang lemah di dalam serba-serbinya. Masa bahagia, masa ujian tiada.., terasa sebentar sahaja. Sedangkan sakit yang sekejab, bagaikan kehancuran yang menyekat nafas bertahun lama.
Waktu derita, membuatkan kita lupa bahawa derita itulah umpan yang akan kita telan sebagai ubat 'kemuliaan' di hujung kehidupan kita. Kita cuma hilang sabar ketika mengharunginya. Kita cuma hilang pegangan yang kita gantungkan ketika semuanya menghempas jiwa sekali gus.
Sokonglah yang rebah ketika kita tahu kita masih kuat, agar suatu masa, ketika kita lemah, ada sumber yang datang mengembalikan kekuatan kita.
Semua yang kita lalui ini adalah pengalaman.
Mudah-mudahan Allah berikan jalan yang baik melalui jalan dunia untuk sampai ke akhirat yang baik. Ameen...
Raz.R
3.12.2015
"Stress, but okay"
"Stress, but okay"