Salam kasih Kerana Allah
Monday, March 26, 2012
Kagum
Alhamdulillahirobbil'alamien..
Petang 26 Mac yang indah. Walau cuaca panas terik menggigit kulit hampir seharian, Allah singgahkan hujan yang lebat senja ini sebagai pemujuk kepada hamba-hamba-Nya yang akur mensyukuri panas tadi sebagai anugerah-Nya. Senyum.
Keletihan menjalar dari hujung rambut ke hujung kaki. Namun Raz tahu letih Raz tidaklah seletih peladang dan petani yang membanting tulang hingga lewat senja. Tidak juga seletih si pelaut yang mencuba nasib di lautan yang tidak dapat dijangka ragamnya. Kekadang tenang, kekadang pula dipukul badai yang kejam. Keselamatan dan nyawa menjadi taruhan demi secupak beras. Alhamdulillah. Letih Raz adalah letih biasa dari manusia yang biasa yang diuji dengan sekelumit dugaan biasa cuma.
Raz kagum. Kagum dengan mereka yang Raz lihat lebih hebat dan kuat. Kaum sejenis Raz yang bergelar ibu. Sedari subuh yang belum singgah sehingga berlabuh malam melenakan manusia, mereka tidak jemu mengorbankan masa dan tenaga tanpa berkira-kira. Kalutnya hidup dengan tanggungjawab. Kalutnya mereka dengan kerenah anak-anak. Kalutnya mereka dengan alam kerja. Kalutnya mereka dengan kehendak rakan. Kalutnya mereka dengan ketaatan kepada suami. Kalutnya mereka dengan sanak-saudara. Kalutnya mereka dengan keluarga.
Tersenyum Raz apabila memerhatikan mereka. Kuatnya mereka memikul banyak perkara dengan dua tangan dan dua kaki. Hebatnya hati mereka dibalutkan ketebalan cekal, sabar dan tabah. Betapa ranumnya naluri yang mereka miliki. Sarat dengan kasih sejati. Murni. Semurni mentari yang tidak lelah memberi walau kadang-kadang dicaci maki oleh yang tidak tahu mensyukuri.
Padanlah.. Memang tepat, apabila Allah mempermudahkan kaum yang sebegini 'mudah' beroleh syurga Allah. Beruntungnya mereka yang melakukan semua itu kerana Allah dan menyediakan segala yang mereka lakukan itu seiring dengan tawadduk dan istiqamah kepada Allah sehingga mencapai anugerah SOLEHAH.
Sesungguhnya menjadi manusia yang bergelar wanita, tidak semudah cerita dan tidak juga sesukar kata. Nyata, Allah mengadili segalanya dengan bijaksana. Wanita mungkin lemah pada kudrat dan pancaindera, namun mereka kuat jiwa.
Jauh disudut hati, Raz mendoakan agar ramailah wanita yang dapat kenal keistimewaan mereka dan tidak disia-siakan semberono sahaja. Semoga Allah membendung perlindungan-Nya kepada wanita-wanita yang mahu berhijrah ke arah fisabilillah. Semoga Allah juga memberikan hidayah dan petunjuk kepada wanita-wanita yang masih belum temui sinar sebenar. Sama-samalah kita. Ameen.
Salam kasih. Secubit Senyum Seluas Sayang.
Saturday, March 24, 2012
Maaf
Jika kehadiranku hanya menyakiti kamu.. maaf..
Jika semua kata-kataku melukakan kamu.. maaf..
Jika semua perbuatanku menyakiti kamu.. maaf..
Jika aku mengganggu dan merimaskanmu.. maaf..
Aku hanya punya kata maaf untuk semuanya..
Jika kau perlukan lebih dari itu..
maaf.. aku tak punya..
Jika kau perlukan aku pergi.. baiklah ku undur dengan redha..
Maaf.. kerana melukakan..Terima kasih untuk segalanya..
Pada yang tidak menjawab tanya..
Pada yg membisukan kata..
Pada yg menyembunyikan rasa
Pada yg mengelakkan bicara..
yang membuat hati terasa dan tertanya-tanya dimana silapnya..
Andai ada luka yg berdarah di hati..
Andai ada geram yg bersarang di jiwa..
Andai ada kecewa yg meremukkan rasa..
Ku susun sepuluh jari dengan rasa rendah di jiwa
Ku persembahkan dhaif dan hina
Mohon dimaafkan segalanya
Aku hanya manusia
Yang tidak terlepas alpa
Yang kurang dalam sempurna
~"Maaf.."~
Maaf.. kerana melukakan..Terima kasih untuk segalanya..
Pada yang tidak menjawab tanya..
Pada yg membisukan kata..
Pada yg menyembunyikan rasa
Pada yg mengelakkan bicara..
yang membuat hati terasa dan tertanya-tanya dimana silapnya..
Andai ada luka yg berdarah di hati..
Andai ada geram yg bersarang di jiwa..
Andai ada kecewa yg meremukkan rasa..
Ku susun sepuluh jari dengan rasa rendah di jiwa
Ku persembahkan dhaif dan hina
Mohon dimaafkan segalanya
Aku hanya manusia
Yang tidak terlepas alpa
Yang kurang dalam sempurna
~"Maaf.."~
Thursday, March 22, 2012
Wanitaku, bersabarlah ya..
Setiap wanita tidak kira di mana tahap kejayaan hidupnya atau berapa takah umur yang di bawa, dia mempunyai harapan kecil di dalam. Besar atau kecilnya harapan itu bergantung kepada apa yang dicita-citakannya. Harapan kecil tersebut sekalipun tidak nampak penting dan besar di mata orang lain, padanya adalah sebuah harta yang mencerminkan jiwanya yang halus. Gambaran bagi penciptaan wanita oleh Allah yang padanya adalah darah dan urat-urat kasih-sayang yang mencantumkan talian antara manusia dengan manusia. Harapan yang terlindung sarat dengan perasaan malu, resah dan keinginan yang tidak putus. Walau ia tipis untuk menjengah kenyataan, harapan tersebut terus didoakan agar dirahmati makhluk dan Allah Subhanahuwata'la.
Percayalah, walau ia disimpan diam jauh di celah hati yang lembut dan tidak gagah, dia tetap terus mengharap agar kegagalan atau kekecewaan tidak menghampiri apa yang sedang diimpi-harapkan.
Wanitaku..
Bersabarlah ya. Marilah kita berharap kepada Allah semata untuk segala harapan kita.
Kita perketatkan iman di dada dan sama-samalah kita bawa ia ke jalan yang sebenarnya. Moga Allah mengizinkan kita mencipta dunia yang lebih bercahaya. Selalulah sebutkan pada diri, "Kita mungkin lemah, tetapi tanpa kita semesta akan menjadi kalah!"
Selamat pagi.
Senyum berseri.
Assalamualaikum.
Saturday, March 17, 2012
Pilihan
Hidup kita di kalangan manusia agak pelik. Walaupun kita manusia biasa yang tidak pernah pelik. He!He!He! Yang menjadikan kita pelik adalah pembawakkan sifat diri kita. Sifat dan akhlak kitalah yang membezakan antara kita dan manusia-manusia lain.
Ada orang, dia mahu kekayaan, kerana kekayaan akan memberikannya kepuasan. Kekayaan akan memberikannya kemenangan atau kekayaan akan memberikannya 'kuasa' untuk membuat perkara-perkara yang baik kepada orang lain atau sebaliknya.
Ada orang tidak begitu. Bersederhana adalah pilihannya. Padanya, hidup di dalam situasi sederhana tidak membuatkan dia runsing. Hidupnya lebih di dalam keadaan bersyukur dan tidak leka.
Ada juga sesetengah orang pula, dia lebih suka melihat apa yang orang lain miliki dengan mempelajari dari keadaan orang lain dan terus menanti-nanti untuk membuat pilihan bagi kehidupannya.
Dipendekkan cerita kita, "macam-macam ada".
Hakikatnya kehidupan yang kita lalui, berkesinambungan dengan apa yang kita pilih sendiri dan pilihan takdir yang Allah tentukan. Pun demikian yang mencorakkan segalanya adalah apa yang terlintas di hati kita dan terhasil dari tindakkan-tindakkan kita pada lahiriah.
Wallahua'lam.
Alhamdulillah untuk apa saja yang Allah kurniakan. Ameen. Salam kasih penuh senyuman.
Tiga Tanda
Dialog :
~"Secara jujurnya, aku lebih suka memendam rasa. Saat aku bersedih, aku lebih gemar berdiam diri dan tidak suka menceritakan kesakitanku kepada orang lain terutama kepada mereka yang membuatkan diri ini bersedih dan kesakitan. Tidak kiralah sebanyak mana yang mereka tanya, jawapanku tetap : "Tidak ada apa-apa, semuanya baik-baik sahaja". Walau bunyinya tidak benar bukanlah bermakna aku berdusta. Sekadar lebih selesa jika perkara tersebut kudiamkan sahaja. Melainkan jika perkara tersebut memberikan kebaikan kepada orang lain, maka aku akan kias-ibaratkan sahaja.."~
~"Apabila seorang hamba menutup keaiban dirinya & org lain, Allah juga akan turut melindungi aib hamba-Nya itu sehingga tertutup segala kecelaan dan setiap lidah tidak ada bukti utk memperkatakan sebarang celaan lagi kecuali fitnah dan sesungguhnya fitnah itu akan kembali kepada hanya si penfitnah itu sendiri."~
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya....
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Sodaqarasulullahi s.a.w
Saturday, March 10, 2012
Tekanan Dan Kesusahan
Kadang-kadang hidup amat terbeban dengan keadaan yang sesak, sukar dan payah. Kita ini insan biasa. Setenang dan sebijak mana pun kita cuba menjauhi atau menghadapi masalah dan tekanan hidup, pasti akan ada suatu hari yang kita gagal membendung kekuatan agar tetap utuh dan kita terpaksa membasuh segala keresahan itu dengan air mata. Tidak mengapa. Menangislah jika perlu. Tangisan itu mengingatkan kita bahawa, kita hanya hamba yang tidak memiliki daya kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah semata-mata.
Bila saat sukar itu datang, menghadaplah ke arah qiblat. Perbanyakkanlah istighfar kepada-Nya dan katakanlah pada hati kita sendiri bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kehendak Allah dan telah diaturkan-Nya sedemikian rupa. Maka berlapanglah dada dan kembali bersangka baik. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha Mengerti.
Setiap ujian memiliki dua jalan penyelesaian.
Pertama, yang baik jika kita berlapang dada, jalan kita akan disuluhi oleh kebaikan dari bimbingan dan tuntunan Allah Taa'la.
Kedua, jalan yang mungkin membawa kita terlanjur dengan kehinaan hasil dari bersangka buruk yang membenarkan bisikkan syaitan mengajak kita menjadi temannya.
Lalu sorotilah, jalan mana sebenarnya yang harus kita pilih. Jalan kebaikan memang memerlukan air mata dan rasa sakit di dalam dada tetapi itulah yang membawa kita ke syurga, InsyaAllah dan begitulah sebaliknya.
Bermujahadah itu adalah payah, namun Allah telah menjanjikan kita nikmat keimanan daripadanya.
Semoga kita semua tetap berpegang kepada satu jalan.. tidak lain hanya menuju kepada Allah Yang Maha Esa.
Jika susah hati.. jangan beratkan ia dengan rintihan dan keluhan ya? Bersabarlah dan tetapkan iktibar pada diri dengan doa yang bersungguh. Allah akan datang memberikan pelukkan-Nya. InsyaAllah.. Ameen.
Raz tersenyum lagi. Tulisan malam ini adalah inspirasi dari seorang sahabat. Semoga kita dicintai Allah. Ameen. Selamat malam. Assalamualaikum. Salam kasih dari Raz kerana Allah.
Kejujuran Yang Digenggam
"Jikalau kita jujur dengan orang lain, belum tentu kita akan mendapat kejujuran yang sama daripada orang tersebut."
Tersenyum Raz dengan ayat ini.
Inilah kenyataan hidup. Apa saja bentuk situasi yang kita lalui, kita sebenarnya tetap berada di dalam keadaan yang diuji oleh Allah Taa'ala. Keadaan yang baik adalah ujian bagi kita untuk memperkasakan diri agar terus tetap di dalam kebaikan, manakala keadaan yang tidak baik yang mungkin tidak kita ingini juga adalah ujian yang sama. Yakni memperkasakan diri menerima keburukan itu sebagai pengalaman yang menempa peribadi dewasa agar lebih kuat dan bijak menghadapi kehidupan kita seharian yang lebih mencabar di masa hadapan.
Kita mungkin tidak mampu untuk mengubah situasi sekeliling menjadi seperti apa yang kita mahu tetapi, InsyaAllah kita akan mampu mengubah tindakkan, mentaliti dan sifat kita ke arah yang kita mahu. Jadi, pilihlah!
Raz percaya dan yakin kepada Allah bahawa segala apa yang kita lakukan, sekalipun tidak dihargai sekeliling namun jika hati kita dipenuhi sejernih keikhlasan dengan niat ke arah yang satu yakni kerana Allah semata-mata... maka Allah akan bersama kita dan memberikan jalan yang terbaik bagi menghargai kita dengan cara yang ditentukan oleh-Nya. Mengharapkan Allah dengan segenap cinta kita kepada-Nya adalah lebih baik daripada meletakkan pengharapan itu kepada manusia yang jelas adalah makhluk yang baharu dan lemah. Apa yang datang daripada manusia, kekalnya belum tentu akan berterusan, namun jika ia daripada Allah.. itulah yang terbaik.
Justeru, kejujuran yang kita buat dan apa sahaja yang kita berikan kepada orang lain samada dibalas dengan kebaikan atau keburukan atau tidak di balas langsung.. bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi. Biarkanlah segalanya di balas oleh Allah dan itu adalah lebih indah. Malah sangat-sangat memberikan nikmat yang hebat. Ameen.
Tersenyum Raz dengan ayat ini.
Inilah kenyataan hidup. Apa saja bentuk situasi yang kita lalui, kita sebenarnya tetap berada di dalam keadaan yang diuji oleh Allah Taa'ala. Keadaan yang baik adalah ujian bagi kita untuk memperkasakan diri agar terus tetap di dalam kebaikan, manakala keadaan yang tidak baik yang mungkin tidak kita ingini juga adalah ujian yang sama. Yakni memperkasakan diri menerima keburukan itu sebagai pengalaman yang menempa peribadi dewasa agar lebih kuat dan bijak menghadapi kehidupan kita seharian yang lebih mencabar di masa hadapan.
Kita mungkin tidak mampu untuk mengubah situasi sekeliling menjadi seperti apa yang kita mahu tetapi, InsyaAllah kita akan mampu mengubah tindakkan, mentaliti dan sifat kita ke arah yang kita mahu. Jadi, pilihlah!
Raz percaya dan yakin kepada Allah bahawa segala apa yang kita lakukan, sekalipun tidak dihargai sekeliling namun jika hati kita dipenuhi sejernih keikhlasan dengan niat ke arah yang satu yakni kerana Allah semata-mata... maka Allah akan bersama kita dan memberikan jalan yang terbaik bagi menghargai kita dengan cara yang ditentukan oleh-Nya. Mengharapkan Allah dengan segenap cinta kita kepada-Nya adalah lebih baik daripada meletakkan pengharapan itu kepada manusia yang jelas adalah makhluk yang baharu dan lemah. Apa yang datang daripada manusia, kekalnya belum tentu akan berterusan, namun jika ia daripada Allah.. itulah yang terbaik.
Justeru, kejujuran yang kita buat dan apa sahaja yang kita berikan kepada orang lain samada dibalas dengan kebaikan atau keburukan atau tidak di balas langsung.. bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi. Biarkanlah segalanya di balas oleh Allah dan itu adalah lebih indah. Malah sangat-sangat memberikan nikmat yang hebat. Ameen.
Wednesday, March 7, 2012
Senyum ya,"Boss"!
Assalamulaikum..
Selamat pagi semua hamba Allah yang dikasihi! Dengan senyum dan doa semoga kebahagiaan dan kekuatan hati mengiringi kehidupan kita sepanjang masa. Ameen..
Satu pesanan pagi ingin Raz sampaikan kepada para 'bos' dan ketua jabatan yang memegang tanggungjawab mempunyai pembantu bawahan yang menyokong dan membantu anda dalam menjalankan tugas.. Jadilah 'Bos' yang berpewatakkan manusia yang 'seimbang'. Dengar, lihat, selami, tegur, faham dan pimpin. Perkara asas yang perlu ada pada wajah seorang pemimpin ialah..."Senyum dan Salam." Jangan terlalu memikirkan perasaan kita sendiri. Selalulah ingat kita semua sama di sisi Allah dan diberikan perasaan yang sama jua.
Sebuah hadis Rasulullah SAW menceritakan...
"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu kasihi dan mereka yang mengasihimu dan kamu mendoakan mereka serta mereka mendoakanmu. Sejahat-jahat pemimpin kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka yang membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu" Lalu para sahabat Rasulullah berkata, " Bolehkah kami menentang mereka, Ya Rasulullah?" Dan jawab baginda.."Tidak, selama mana mereka tetap mengerjakan solat bersama kamu." (Hadis Riwayat : Muslim)
Jadi..
Wahai pemimpin-pemimpin kecil atau besar, jangan lupa solat ya. Jika kamu tidak bersolat, maka semua orang mampu menentangmu!
Senyum...
Raz.R
Saturday, March 3, 2012
Cintaku, Cintamu dan Cinta-Nya
Telah ku kembalikan cintaku hanya untuk-Mu
Ku tanam dan kuburkan kenangan silam
Ku lumpuhkan segenap harapan terhadap insan
Bundar dan penuh kuserahkan kudus suci perasaan
Hanya untuk menikmati cinta-Mu
Mencari aku akan lazat dan enak selimut kasih-Mu
Melenakan diriku di dalam pelukkan mesra-Mu
Dalam resah, pasrah atau tenangku
Keinginanku..Hanya Engkau dan aku
Bersatu hingga dunia menolakku pergi kepada-Mu
Namun.. kejutan kesima menjelma
Engkau hamparkan aku helai-helai ujian
Sekali lagi.. Engkau hadirkan aku
di sudut celahan cinta-Mu yang kurasa
ada cetusan kecil cinta insan biasa
Tumpah beningan air mataku... bertanya akan rahsia-Mu
Sedang aku hampa, tidak kuingin itu semua
Patutkah ku ulang semula derita yang pernah menimpa
dari sebondong kisah yang payah
Cinta-Mu dan cintanya berbeza
Ku mohon... biarkan cinta yang Engkau beri kali ini
Hanya dengan cinta-Mu yang sejati
Tidak berbagi, hanya mengimbangi darjat hatiku
demi untuk memahami rahsia yang terselit
pada setiap kemahuan-Mu untuk aku tadah
bagi mengasah cintaku terus bergilap untuk-Mu..
Subscribe to:
Posts (Atom)