Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Tuesday, July 9, 2024

Bukan Milik Kita

Pernahkah kita hargai orang lain sebanyak mana yang kita harapkan diri kita mendapat penghargaan yang baik. Atau, kita hanya mahu dihargai namun tidak pandai menghargai? Persoalannya kita bertimbang-timbang tentang orang lain tetapi tidak menimbang diri sendiri. Apakah kita sudahpun berbuat banyak? Atau kita sedang melakukan yang sedikit tetapi berharap imbuhan yang banyak. Hidup ini terlalu banyak 'tetapi'. Keikhlasan kita tersekat dengan tetapi ini tetapi itu.

Monday, July 8, 2024

Jauh di sudut hati❤️

Belajarlah menyifati diri sendiri seperti air yang mengalir. Ia tidak melihat siapapun yang di bawa bersamanya, tetap ia terus mengembara dengan menjelajahi kemana pun arus membawanya sehingga ia menemukan jalurnya sendiri.

Kelembutan air menjadi penyejuk. Sekalipun ia kadang-kala keruh namun akhirnya tetap menjernih. Sepertimana kita tidak pernah akan dapat lari dari orang-orang yang menyikapi diri kita dengan sangkaan yang sentiasa buruk dan negatif. Kita terus sahaja mengalir selari dengan arus yang membawa kita ke haluan kita. Asalkan haluan kita itu satu. Haluan ke laut yang luas. Laut yang menjadi simbol keluasan rezeki Ilahi Robbul Jalil,Rabbul Razzaq.

Jauh di sudut hati, sudah pasti pada takdirNya, kita ditambat kesedihan yang teramat, namun itu bukanlah tiket untuk kita putus asa, menyalahkan semua yang terjadi dengan mudah kerana kekuatan kita kepada Allah adalah segala sesuatu tetap perlu kita pegang seutuhnya. Kerana baik buruk sesuatu tetaplah tidak berganjak dari perancangan Allah Yang Maha Bijaksana. Kita lemah.Lemah selemahnya. Namun kita diangerahkan iman untuk mengenal Allah. Mengetahui bahawa Allah punya perancangan yang tidak pernah tidak tepat.
Untuk semua orang yang sedang mengusung hati yang berat di dalam diam, bertabahlah, banyakkan solawat. Pada akhirnya akan tiba suatu masa, yang mana semuanya akan baik-baik sahaja. Insha-Allah. Allahumma Solli'ala sayyidina Muhammad. Wa'ala ali sayyidina Muhammad. Akan tiba saatnya nanti airmatamu jatuh bukan dasarnya mengintai ujian namun doa-doamu dimakbulkan dengan kebahagiaan.