Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Monday, October 2, 2023

PENDEKNYA MASA CUTI! 😔

Dua hari cuti terasa masa terlalu pendek sekali.
Duduk di rumah, tenang hati, tengok suasana keliling rumah, guna pancaindera mata, telinga yang mendengar alam, Alhamdulillah terasa sangat mendamaikan. 
Apatah lagi bila dapat layan keletah ibu dan menjaganya. Tak tau nak cakap nikmat itu bagaimana gambarannya. "Happy!"


Namun masa bagaikan cepat sangat berlalu.
Sekejab sahaja sudah hampir petang. Kalau di pejabat, menunggu petang suatu penyiksaan. Haha...!
Tandanya apa itu? Itu bermakna ada sesuatu yang tidak menggembirakan hati di situ kan..?
Atau mugkin itu tanda hati ini tidak pandai bersyukur?
Wallahu'alam.

Hakikat yang aku fahami tentang diri adalah, memang hati ini jenis bahagia duduk di rumah...

Cuma yalah, perlu disedari bahawa musibah itu tidak kerana Allah menghukum tetapi kerana Allah sayang dan cinta.
Sentiasa dengan apa pun yang Allah rencanakan terhadap hamba-hambaNya, pasti ada hikmah yang telah disusun cantik. 

Allah ada banyak rahsia yang disembunyikan.
Namun rahsia tersebut diizinkan bagiNya agar hamba mendalami dan mentelaah segala ilmuNya yang sangat luas. Ia adalah alamat cinta dan kasihNya kepada manusia yang diciptakan agar dapat dinikmati disamping mengAgongkan kebesaran dan kehebatanNya sebagai Pencipta Segalanya.
Barangsiapa yang digerakkanNya taufiq hidayah untuk memahami bahawa Dia adalah Tuhan Yang Satu Yang Tiada Tara maka sangat-sangatlah beruntung hamba itu. Tabarakallah, MashaAllah.

Mungkin hati kita masih lemah. Waktu sesuatu yang tidak disukai datang mengganggu, kita masih belum membuat persediaan untuk berlapang jiwa menerima semuanya dengan merasakan bahawa Allah sedang menguji. Diuji untuk menaikkan harga keimanan. Kita masih perlu membina tiang-tiang ketahanan pada jiwa dan kesabaran hati kita sendiri.

Apakala kita sudah dapat berdiri tegak dan merasakan segalanya yang Allah hadirkan kepada kita adalah indah, ketika itu tiada lagi yang dapat menghalang kita bahagia dan tenteram.

Allahumma solliala sayyidina Muhammad. LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.. ALLAHUAKHBAR!