Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, February 17, 2017

SUBHANALLAH - RINDU

“Ku kuncikan bibir
Mengisi hatiku dengan warna-warna yang hadir
Mata yang kupejam
tiada kegelapan
namun cahaya senyummu
terpancar digeluk jiwa
ibarat pelangi membingkaikan indahnya
di sudut minda, diruang rindu yang bergelora.
Duhai.., siapakah dia?”



17.02.2017
Subhanallah.
(Raz.R)


Friday, February 3, 2017

Gema Rindu Untukmu

Setiap kali bergenang rindu,
aku hanya mampu membisu,
melakarkan kalimah-kalimah sayu,
di dalam sudut hatiku,
meminta di dalam doaku,
getarkanlah rindumu untukku.

Aku sering mengharap engkau mengerti kejauhan dan ungkapan hati. Perjalanan yang ku harungi hanya dengan bergantung kepada doa kepada yang Maha Kuasa agar diberikan jiwa yang perkasa menjalani apa yang Allah tidak izinkan untukku dengan redha dan percaya bahawa yang terbaik hanyalah yang datang dari DIA.

Gugusan-gugusan rindu yang kusimpan untukmu, aku belai dan rawat dengan kasih-sayang Tuhanku yang telah menggerakkan perasaan itu terhadapmu. Rela atau tanpa rela, kugagahi melipat helaian-helaian kesabaranku seteguhnya.

"Ini ujianMu, Tuhanku, ringan sahaja. Namun ampunkan aku kerana masih tak berdaya. Mohon kekuatanMu membakar kehinaanku. Jagakan hatiku, Ya Allah..., rahmati aku dengan iman yang bersih dengan cahaya-Mu. Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad. Amin."


Itulah gema rindu yang kusimpan untukmu di dalam dakapan doa-doaku kepadaNya.