“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak
mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai
hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)
Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang
istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Di
dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan
pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s Allah akan lepaskan
Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa
zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu
tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah Nabi
Yunus a.s semoga kita beroleh keredhaan Allah swt sampai hari
pembalasan.
Nama sebenar Nabi Yunus a.s
adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang
mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Baginda menasihati
mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; baginda
mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti
mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; baginda
memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah
kepada Allah SWT.
Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati
kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka.
Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana baginda merasakan
keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada
kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian baginda keluar dalam
keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT
menceritakan hal itu dalam firman-Nya :
“ Dan
(ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah,
lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya)
maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan
selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang
zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)
Tidak ada
seorang pun yang mengetahui perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain
Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan
mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda
meninggalkan kaumnya.
Baginda pergi ke tepi laut dan
menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT
belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh baginda meninggalkan
kaumnya .Nabi Yunus a.s. mengira bahawa Allah SWT tidak mungkin
menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat
itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah
hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan hidayah itu adalah
hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan
sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.
Diringkaskan
cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s.
termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk
mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal
karam.
Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut
ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke
kegelapan malam entah ke mana...
Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan, 2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.
Nabi
Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencoba
menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau
begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.
Nabi
Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai
melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga
kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan
lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:
" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Ketika
terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih kepada Allah SWT.
Ikan itu sendiri berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di
dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada Allah
SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak
makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka
dengan tasbih.
Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan
semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus.
Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini.
Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan
paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara
tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi
suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan
lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT
dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada
Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang
Nabi.
Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s. Allah SWT
mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan
perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut
dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.
Ikan
itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan
kepanasan di perut ikan. Baginda sedang sakit tenat, lalu matahari
bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT
menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya
lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT
menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau
bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di
perut ikan sampai hari kiamat.
Allah SWT berfirman
maksudnya : “Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul.
(Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut
undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia
ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia
tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan
tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami
lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan
kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus
dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena
itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang
tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)
Firman-Nya lagi
yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi
dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan
mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang
sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh
aku termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan
Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat
87-88)
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut
ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu
dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa?
Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi
kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang
menurut Allah SWT itu adalah satu kelemahan yang perlu hukuman sebagai
pengajaran bukan kerana Allah SWT murka.
Nabi Yunus adalah
seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia
menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil
dakwahnya. Tugas baginda hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya
baginda dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka kufur adalah
dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah SWT seperti Nabi Luth
a.s. di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah SWT
ingin membinasakannya.
Allah SWT memberikan suatu
pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT
mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan baginda
tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan tidak patut marah
kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak Allah SWT.
Allah
SWT berfirman maksudnya : “Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota
yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus?
Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab
yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada
mereka sampai waktu yang tertentu.”
(Surah Yunus ayat 98)
Marilah
sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus a.s. ini
bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah bekerja
menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan cara yang hikmah. Jika
mereka tidak mahu mengikutnya kita jangan marah kepada mereka kerana
terima atau tidak mereka kepada Islam itu adalah urusan mereka dengan
Allah SWT. Tugas kita hanya menyampaikan saja. Taufik dan hidayah itu
adalah hak mutlak Allah SWT, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja
yang Dia kehendaki. Kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT
membuka pintu hati-hati mereka untuk beriman kepada-Nya.
Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa
mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada
Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara
jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya
sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“
Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh
mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si
pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi
Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Walaubagaimanapun
doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan
apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan
terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.