Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Tuesday, January 14, 2014

Hari Ini


Hari ini...
Orang tak kenal siapa kita
Tiada yang tahu kita siapa
Kita, tidak bersejarah
dipandang orang endah tak endah

Hari ini...
Orang tak perasan hati kita
Jujur tidak dipeduli
Ikhlas pun tidak beerti
Tiada budi di hati

Hari ini...
Kita masih hidup
Tidak sebagai kenamaan insan
Tiada pangkat tiada kebesaran
Pada orang, kita entah sesiapa

Hari ini...
Bila semuanya kita titipkan
pasrah hanya kepada Allah
Redha dan menyerah
Pandangan insan bukan tujuan
Teruskan kehidupan dengan nama Tuhan


Hari esok...
Cukuplah sakaratul maut menjadi ringan
Nama tertinggal di langit ehsan
Dalam dakapan jihad Al-Rahman
Mewangi dalam kenangan

Sollahu'ala Muhammad; Sollahualaihiwasallam...
Ya Rasulullah, Ya habibullah...

Sunday, January 12, 2014

Sahabat Yang Mendoakan



Kata Muhammad bin Yusof al-Ishfahani: 

"Siapakah yang kiranya dapat disamakan dengan seorang sahabat yang soleh? Keluargamu membahagi-bahagikan harta peninggalanmu dan mereka mengecap kenikmatan dari harta benda yang kamu wariskan untuk mereka. Padahal sahabat yang soleh itu duduk seorang diri berdukacita kerana kepergianmu, amat merasa bimbang dengan keadaan yang kamu sedang menghadapinya dan apa yang akan terjadi terhadap kamu, dia mengangkatkan tangan mendoakan kamu di tengah malam, manakala engkau sedang berada di dalam lapisan bumi."


Renung di sini sahabatku,
Bacalah dengan nama Allah yang meminjamkan dirimu ukhuwah.
Bersyukurlah di dalam nikmat Allah yang menaburkan dirimu silaturrahim.

Beribu sahabat yang mengelilingimu,
adakah dia mengasihimu?
Satu sahabat yang menjauhimu,
namun dia mendoakanmu...
Dekatilah sahabat yang satu.
Jauhnya dekat merapati namamu di langit Allah.
Dekatnya dia memesrakan cinta Allah kepadamu.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

 Firman Allah di dalam surah az-Zukhruf ayat 67 : 

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”