Bissmillahirrahmanirrahim...
Secara umumnya doa adalah kekuatan yang mendorong. Justeru itu, ia mesti difahami. Doa juga boleh dianggap perisai pertahanan daripada rasa kekecewaan. Sayangnya ramai diantara kita yang berdoa tapi tidak memahami yang didoakan. Doa juga dapat menyalakan semangat. Ketika kita lemah kita berdoa memohon kepada Allah supaya kita dapat bangkit kembali. Oleh itu berdoalah dan fahamilah apa yang kita doakan itu.
Ketika berdoa kita menceritakan kelemahan diri kita. Kita mengakui akan hukum sebab-musababnya. Kelebihan doa adalah hubungan terus dengan Allah tanpa ada orang tengah. Hubungan inilah merupakan hubungan secara langsung yang membolehkan kita mencurahkan apa sahaja perasaan bagi membuang segala keserabutan di dalam diri kita.
Doa yang benar-benar difahami akan merubah hidup sesorang menjadi lebih berazam, cergas dan lebih jujur. Jadi, doa bukan sekadar kata-kata tetapi interaksi yang boleh merawat diri kerana ia lebih merupakan gambaran perasaan dan jiwa.
Oleh itu, berdoalah dengan bahasa apa sekali pun yang kita fahami kerana Allah itu memahami segala bahasa.
Semoga, dengan keikhlasan serta kesungguhan yang telah kita titipkan di dalam sembahan doa-doa kita itu termakbullah segala harapan atau Allah lah yang Maha mengetahui kesesuaian apa yang diperlukan oleh hamba-Nya. Justeru, jika harapan tidak seperti yang didoakan, mengertilah bahawa Allah sedang merancang atau telah menciptakan sesuatu hal yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan. Insya Allah. Ameen..Wallahu'alam...
Salam kasih Kerana Allah
Tuesday, June 25, 2013
Berdoalah
Sunday, June 23, 2013
"Awak Nampak Saya Tak?"
Ketika awak menangis...
air mata turun sealir rintik hujan...
saya cuba hadir,
payungkan awak dari kebasahan dan kesedihan...
Awak nampak saya tak?
Ketika awak marah...
hati menjadi panas bak mentari...
saya cuba hadir,
payungkan awak dari kepanasan dan kebencian...
Awak nampak saya tak?
Ketika awak senyum ketawa ria...
setiap kata menjadi puisi indah...
saya cuba hadir,
payungkan awak bersama kasih sayang dan kegembiraan...
Awak nampak saya tak?
Ketika awak bahagia...
setulus doa menjadi pepohon harapan...
saya cuba hadir,
payungkan awak bersama cinta Dia agar beroleh kerahmatan
Awak nampak saya tak?
Tidak mengapa jika awak tak nampak saya
Cukuplah diizinkan Allah untuk saya melihat awak dalam hati saya...
Saturday, June 22, 2013
Kita Tidak Sentiasa Kuat
Bissmillahirrahmanirrahim..
Hakikat..
Adakalanya kita menulis sesuatu, bermotivasi tentang kekuatan, pun sebenarnya kita tidaklah sekuat kata yang tergambar di rangkapan indah perkataan dan susunan ayat. Sebabnya kita hanya manusia biasa. Tiada kuasa. Kita hanya mengharapkan kekuatan Allah Ta'ala. Kekuatan dari Allah itu juga tidak sepenuhnya dapat menembusi dan mengekang jiwa kita dari terasa goyah dan lemah. Kita manusia yang lemah dengan janji-janji iblis yang sentiasa cuba menghalang kebaikan. Kita manusia yang sering berdosa.
Kalau tidak memupuk iman, mencari jalan menguatkan jati diri daripada ibadah, doa dan ketaqwaan, longlailah kita dihanyutkan surut dan kontangnya iman.
Benar, gembira tidak selamanya menemani. Seronok dan suka tidak juga sentiasa serasi. Sedih hiba tidak datang menetap lama. Pekerti yang baik tidak selalunya lama bertahan. Jahat diri juga belum tentu selamanya bertapak. Semangat tidak selamanya bangkit. Kasih tidak selamanya segar. Benci tidak selamanya menghiris. Cinta tidak selamanya indah. Gagah kuat tidak selamanya berdiri tegak. Kitalah itu, manusia. Serba serbi tentang diri kita bercampur aduk ibarat rojak.
Tidak wajar kita meneka bahawa orang yang nampak hebat, tabah dan kuat itu tidak pernah lemah. Hati telah Allah jadikan berbolak-balik. Iman tidak menetap di graf atas dan sekata. Wajah yang manis belum tentu tidak pernah muram mencuka.
Semuanya itu hakikat (fitrah) kejadian manusia.
Cuma, kita bertuah menjadi manusia Islam kerana keyakinan, kepercayaan dan kebenaran yang di bawa oleh ajaran-Nya dari lidah dan peribadi manusia ulung Rasulullah s.a.w tentang Mega Gagah ke-Esaan Allah Subhanahuwa Ta'ala dapat membimbing jiwa kita perlahan-lahan kembali ke jalan yang UTAMA. Taqarrub kepada Allah apabila sedar betapa kita begitu lemah. Kepada DIA-lah kita kembalikan segala kelemahan tersebut. Dari-Nya jugalah dapat kita suntik kembali kekuatan berlandaskan KEHEBATAN-NYA!
Kita tidak sentiasa kuat di jiwa raga. Namun kita tetap akan kembali kuat jua!
Rojak, nampak sahaja hitam pekat. Rasanya masin, masam, lemak manis, masin dan sedikit kelat tetapi bagi sesetengah orang, itulah yang sangat sedap.
Senyum. Moga dikasihi Allah Ta'ala sepanjang masa. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)