|
"Bungakan hati dengan sifat yang murni" |
Apabila mereka keji mencaci
Biarlah kita memuji di hati
Jikalau mereka membenci
Biarlah kita terus menyayangi
Kalau dendam yang dipupuk
Biarlah kita yang memaafi
Bila hubungan retak dan koyak
Biarlah kita tampal dan jahitnya semula
Di kala mereka merajuk
Biarlah kita yang awal memujuk
Jikalau mereka menjauhi
Biarlah kita yang merapati
Bila mereka berdusta
Biarlah kita jujur sentiasa
Kalau sudah mereka khianati
Biarlah kita setia di hati
Jika marah yang mereka pilih
Biarlah kita mengalah dan sejuk
Jikalau ujub dan ego mereka pakai
Biarlah kita selimut tawadduk dan rendah diri
Apabila mereka hebat melebihi
Biarlah kita kerdil mensyukuri
Andai mereka sentiasa melukakan
Biarlah kita yang sentiasa mengubatkan
Bila mereka melupai Tuhan
Biarlah kita yang dulu mengingatkan
Tak perlu menjadi sama
Jadilah yang berbeza
Sungguh, tiada insan itu serupa
Walau diwarnakan sama..
~Raz.R~
03.01.2013
Moga kelainan itu menjadikan Allah mencintai kita dengan nikmat yang 'berlainan'. Ameen.
Se^__^nyum. Jadilah diri kita yang sebenar mengikut landas yang benar, kerana sesungguhnya hanya kebenaran yang dapat merawat segala hal yang merumitkan!