Salam kasih Kerana Allah
Thursday, June 30, 2011
Awet Muda
Kata orang awet muda ada pada senyuman.
Benar juga. Tapi bagaimana jika senyuman itu berbau pura-pura? Menjadikah awet muda tersebut?. Hanya senyuman yang lahir dengan keikhlasan yang telus jernih akan menghasilkan kemujaraban awet muda.
Kata orang juga, awet muda itu adalah pada wajah. Benar juga. Namun pantulannya datang dari mana? Bukankah dari senyuman dalam yang bersinar menyerak keluar?
BILA HATI TERSENYUM seluruh tubuh akan turut tersenyum. Senyum yang bermula dari hati akan mengharumkan seluruh laluan yang dilangkahi kita. Senyum itu harumnya akan berbau suka. Harumnya berperisa kasih. Harumnya berjenama sayang. Harumnya : "Made in Cinta!"
Awet muda itu tidak bermula dari wajah tetapi bermula dari HATI. Hati yang tersenyum dengan kejujuran. Hati yang tersenyum tanpa pembohongan. Hati yang tersenyum tanpa harapan untuk menerima balasan.
Dan yang paling mujarab, bilamana hati itu tersenyum kerana Pencipta-Nya. Subhanallah! Apa yang paling Indah dari senyuman itu??
Sedikit doa untuk di amalkan bersama :-
Maksudnya :
35. Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung
36. Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.
37. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.
38. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.
Bacalah ayat ini setiap kali mandi untuk curahan pertama dan mulakan dari kepala.
Yang paling afdal di dalam segalanya, marilah kita sama-sama mula melatihkan hati kita untuk memulakan senyumannya. Salam kasih dengan senyuman. Halwa malam sebagai hidangan. Semoga esok terjaga dengan senyuman mekar terus dari dalam. Amin..
Assalamulaikum. MMMuuuuahks.
Wednesday, June 29, 2011
Ungkitan
Salam penuh kasih dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Moga disejahterakan hidup kita hari ini ke arah yang lebih baik, lebih kuat bertahan, lebih berhemah dan lebih mulia. Amin..
Sedikit halwa kata pendek penyeri malam, InsyaAllah. Tentang perasaan belas dan kasih sayang.
Kebanyakan kita tidak terlepas dari sifat mengenang kembali perkara silam dan menjadikan ia sebuah ungkitan samada ia berbentuk perbuatan baik atau buruk seseorang insan.
Ungkitan memanglah perkara yang seringkali akan merosakkan sesuatu perhubungan. Ungkitan seringkali lebih banyak membawa kepada perbalahan terhadap banyak jenis pertalian. Sesuatu pemberian yang telah kita berikan lalu kita bangkitkan kembali apabila terdapat sedikit perselisihan adalah perkara yang sakit untuk di dengari sesiapa sahaja.
Kita adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Selama mana usia kita bertambah, semakin pula diri kita akan surut dengan kelemahan-kelemahan tertentu. Terutama pada akal kita. Jarang kita dapati kita mengingati dengan jelas perkara-perkara yang berlaku di kisah lampau kehidupan kita. Lama-kelamaan ingatan kita akan mula samar. Tidak mudah untuk kita ingat seluruh perkara silam di dalam hidup kita dengan terang dan jelas. Lalu, kita mula dijangkiti penyakit LUPA.
Bila kita mula lupa, kita akan memerlukan seseorang yang mengenali diri kita untuk mengingatkan. Dan lupa itu bukanlah perkara yang terlalu dhaif dan hina. Malah Allah sentiasa mengampunkan hamba-Nya yang terlupa dan tidak sengaja. Namun, lupa yang menjadikan diri kita hina ialah bilamana kita LUPA DIRI. Saat itu, kita amat memerlukan "Sipemberi ingatan" agar kita tidak terus sesat jalan.
Apabila kita "Lupa Diri", kita akan mula "Lupa Budi".
Di sinilah perkara-perkara berkenaan ungkitan akan timbul. Seseorang yang menyayangi kita akan mengungkit tentang ingatan silam bagi mengingatkan diri kita kembali ke pangkal jalan. Ungkitan itu tidaklah bersalahan selagi tidak ditakat melampau.
Selalunya orang yang "benar-benar" menyayangi kita mengungkit tentang sesuatu perkara, jarang bermaksud untuk meminta sebarang balasan. Mereka hanya mahu diri mereka dihargai, dihormati dan dikenali kembali. Insan yang mampu menegur dan memperingatkan kita dengan jelas tentang sesuatu perkara adalah insan yang benar-benar rapat mengenali dan menyayangi kita. Siapalah lagi yang lebih mampu memperingatkan kita tentang sesuatu yang baik melainkan mereka yang benar-benar menyayangi kita?
Justeru, pada kita yang sering salah sangka terhadap sesuatu ungkitan yang datang daripada orang yang terdekat dalam hidup kita, berlapang dadalah menerima segala teguran daripada orang yang menyayangi kita. Mungkin merekalah yang mampu membimbing kita ke haluan yang mulia yang tidak kita sangka sama sekali sinarnya. Terimalah sebagai rasa perihatin dan ambil berat yang tidak ternilai harganya.
Wallhua'lam.
Salam kasih, selamat malam dengan secangkir leret manis senyuman.
MMMuuuuahks. Jaga diri, jaga peribadi.
~Raz.R~.
Sekadar Puisi : "Siapa yang berani?"
Di hujung rasa...
ada kecewa...
ada merana....
ada derita....
ada luka....
yang tak pernah sembuh semula
Hingga saat ini..
ada penantian
untuk kunci ditemui
dan pintu pun terbuka lagi
memberi izin langkah masuk
tanpa sangsi
lantas kasih diterima
dengan sejati
namun...
SIAPA YANG BERANI?
Siapa yang berani
menampal rekahan yang hancur
bagai serpihan pasir debu
siapa yang berani
membina lantai hidup baru
yang teguh, padat dan kejab
tanpa timbul rekahan lagi..
Siapa yang berani?
Merawat sebuah hati
yang punah hampir mati
agar tidak terluka lagi..
Arghh... siapa yang berani???
29.June.2011
Israk Mikraj
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)"
~Raz.R~
Sunday, June 26, 2011
Sekadar Puisi : PUAKA
Hingga saat ini, di halaman hati bernaung sepi
termenung sendiri mencari jawapan di naluri
benarkah takdir ini akan terus begini?
seluas laut sabar bertahan tanpa hujung tanpa tepi
tidak hadir seinci pun terang disebalik samar ini
Hayat, nafas dan degupan jantung
untuk siapakah ia bersenandung?
bukankah pada Allah perlu bergantung?
namun diri... masih degil berhubung tiada untung
Mata yang makin dibutakan warna duka
kerana sedikit sentuhan rasa suka
hanyut jauh di layarkan gerak puaka
kejahilan rasa yang masih mewasiatkan pusaka...
~Sekadar puisi mengisi hari~
Ingatan itu masih berpuaka.
Raz.R
26. 06. 2011
Thursday, June 23, 2011
SAHABAT SUKMA
Subhanallah.. Malam ini adalah antara malam yang paling indah di dalam hidup Raz. Malam jumaat, 22 Rejab, di bulan Allah. Maha Kaya Allah. Maha Pengasih Allah SWT.
Malam ini malam Raz membongkar segala rahsia hati Raz yang tersimpan selama ini kepada dua manusia yang paling Raz cinta. Segala yang terbuku sepuluh tahun lalu, Raz kongsi bersama dua hamba Allah yang ter-"Amat" baik di dalam hidup Raz. Dua insan yang telah membina hidup Raz dari setitik benih yang kecil kepada sedewasa insan wanita yang biasa.
MasyaAllah, Allahurabbi..
Mereka mendengar Raz dengan kasih, tanpa menunding, tanpa mempersalah. Mereka membuka hati Raz untuk mengerti makna cinta Allah. Mereka menyokong Raz yang rebah tanpa sebarang kata marah. Mereka berikan Raz seluruh dan seluas perhatian untuk tiap bicara lidah Raz yang bergetar dengan rasa bersalah.
"Tuhanku..
Ampuni hamba-Mu..
Ampunilah aku ketika leka diri ini terhadap-Mu.
Sungguh ajaib pemberian-Mu Ya Allah.
Cinta-Mu padaku tak dapat ku olah dengan kata tutur di lidah.
Pujiku pada-Mu tidak mampu kugandingkan dengan kehebatan-Mu, Ya Allah!
Memberiku dua insan yang indah.
Ampuni mereka Ya Allah. Lindungi mereka Ya Allah.
Sediakan seluas-luas dan sehebat-hebat kurniaan-Mu kepada mereka, Ya Robbi.
Dengan apakah hamba ini mampu menampilkan syukur pada kebesaran-Mu, Ya Allah?
Engkau mengurniakan aku ayah bonda yang pada mereka ku lihat segalanya mewah.
Mewah dengan kasih, cinta dan pemberian-Mu, Tuhanku...
Sungguh mereka itu amat layak menerima segala kurniaan-Mu, Ya, Rahman..
Ampuni mereka.. Panjangkan usia mereka.. cintai mereka..
Permudahkanlah, urusan dunia dan akhirat mereka, Ya Allah..
Sediakan syurga-Mu untuk mereka Wahai Yang Maha Pengasih..
Izinkan aku mengorbankan seluruh hidupku tanpa rasa payah
kepada mereka selama mana usiaku ini dipinjamkan-Mu...
Ya Allah.. Ya Allah...
Engkau Maha pengasih..
dan Rasul-Mu adalah kekasih yang terpilih. Selawat dan salam untuk baginda.
Tanpa baginda, tidaklah aku mengenali-Mu.. Tuhanku.
Amin Ya Robbal alamin.."
Pastinya, tiada setasik ketenangan yang paling baik yang Raz terima pada malam ini melainkan dengan menjadikan ayah dan ibu Raz sahabat yang paling terdekat dan mulia.
Bukan Raz cuba untuk mengecat ruangan ini seperti mempamerkan kebaikan diri. Tidak sekali, wahai sahabat yang membaca ruangan ini. Malam ini, Raz ingin berkongsi sesuatu yang seolah menjadi keindahan yang tidak terperi. Sekalipun tulisan ini menulis dan meluahkan apa yang sebenarnya terisi di hati, masih belum cukup menggambarkan rasa mekar dan segar yang sebenar telah Raz lalui tadi. Cahayanya menyuluh terus menyinar penuh dan terang. Subhanallah..
Tiba-tiba, tiada apa yang Raz mahukan lagi. Tiada mimpi yang Raz ingin kejar. Tiada angan yang Raz mahu tagihkan. Cukuplah jika mereka sentiasa di sisi. Cukuplah mereka!
Ibu menasihati Raz dengan nurani.
Ayah menasihati Raz dengan iman.
Saat Raz sentuh hati Raz dengan tiap perkataan dan hujah yang disampaikan mereka tentang persoalan hati yang Raz cuba kongsikan, muncul suatu rasa yang tidak mampu tergambar dek kata. Tenang yang luar biasa indahnya. Hanya Allah yang memiliki gambaran itu di hati Raz. Alhamdulillah..
Kesugulan yang bertahun-tahun tersimpan di dalam hati Raz keluar seperti bahan buangan. Tiada lagi rasa diri ini penuh dengan kekurangan, kehinaan, kebuntuan. Sesungguhnya, benar sekali.. merekalah SAHABAT SUKMA sejati.
Tiada terima kasih yang paling ulung yang patut diberi kepada insan melainkan insan yang telah melahirkan dan memelihara kita. Moga kita sentiasa menghargai mereka dan tidak langsung menjadikan mereka hamba kepada kehidupan yang kita cipta seharian. Moga kita tidak lalai dan membiarkan mereka tandus tanpa seri kasih sayang kita.
Moga Allah merahmati sekelian ibu dan sekelian ayah dengan segala keangungan-Nya. Amin..Ya Robbal Alamin..
Salam cinta untuk dua sahabat sukmaku.
Ampuni dan kasihi anakmu dari dunia hingga akhirat.
Allahuakhbar!!!!
Salam jumaat yang penuh hikmah, wahai sekalian hamba Allah.
Wednesday, June 22, 2011
Dalam Pasrah Kalah - Ada Menang Jiwa.
Raz petik ayat cantik di bawah ini dan Raz ingin membacanya lagi. Sungguh pasrah nadanya. Dalam gerimis rasa yang terhimpun dengan sejuta rasa sendu yang bersabung- menyabung dapat Raz rasa suara hati yang mengalah tetapi menang di sisi Allah. Subhanallah.. Allahuakhbar! Bertanya Raz pada diri, mampukah Raz juga merealisasikan kata-kata ini dalam tindakkan diri?
Ambillah pengalaman yang timbul dari kehidupan orang lain, bukan untuk dipersendakan dan dicela dek umpatan tanpa siasah, namun jadikanlah pengalaman tersebut salah satu pegangan yang mengingatkan minda agar bersatu dengan hati untuk terus memperkukuhkan kekuatan diri. Jika Allah panjangkan usia kita lagi, maka sedarlah bahawa masih panjang juga rona-rona hidup yang pelbagai ujian-Nya. Wallahu'lam.
Bacalah .... bait-bait kata seterusnya. Dan fikirkanlah sentuhannya yang sebenar.
"Sampai saat ini aku masih tetap setia menanti,
Bukan kerana ketegaranku dalam bertahan namun kerana rahmat-Nya mengajarkan aku kesabaran..
Bukan kerana cintaku padamu namun kerna cintaku pada-Nya yang membuat aku tetap bertahan pada pendirianku ini..
Jika kerana cinta… Sesungguhnya cinta itu sudah tak ada. Yang ada pada diriku adalah imanku yang menuntunku agar selalu patuh padamu kerana aku telah melupakanmu dalam kesendirianku.
Hadirmu dalam hidupku mengisahkan berjuta cerita.
Sudah kurasakan sakit
Sudah ku telan pahit
Walau belum pernah berbuah manis.
Namun aku bertahan..
Kerana kaulah orang yang telah membuka gerbang cahaya dari sisi gelapku
Menuntunku hingga mengenal manisnya iman dan indahnya Islam
Tapi kini… Aku harus melupakanmu dalam mahabbahku
Namun begitu sukar..
Kerana masih ada senyum tulusmu dalam ingatanku
Masih ada candamu saat beranjak tidur.
Dan takdir telah memisahkan.
Meski masih ada rasa ingin bersama di antara kita
Namun harus…
Kerana ini yang terbaik untuk kita. Meski terburuk dimata mereka
Pergilah.. Telah kurelakan engkau dalam dakapan cintanya.
Dan biarkanlah aku disini dengan sakit ini.
Kerana sekarang aku mulai menyedari
Cinta bukanlah sebuah hak kepemilikan namun sebuah amanah dalam titipan
Pergilah dan lupakanlah aku yang pernah hadir dalam hidupmu.
Meski terpaksa harus ku ingkari janji tuk menua denganmu.
Yang ku inginkan adalah keselamatanmu di Yaumul Mizan. Kerana aku takut akan ketidak adilanmu membagi cinta antara aku dan dia.
Harta.. Benda.. Mungkin bisa sama-rata engkau berikan. Namun cinta?
Cinta takkan pernah bisa sama untuk dibahagikan.
Maka dari itu.. Ku mudahkan pertanggungjawabanmu..
Meski sakit.. Meski pahit.. Namun telah ku cuba utk ikhlas.
Pergilah dikau yang kucinta..
Pejamkanlah matamu dan lupakanlah aku..
Dan biarkanlah aku disini.
Andai sepi itu takdirku, kepada Ilahi ku menanti seru.."
Tuesday, June 21, 2011
Ketika Gelisah.. Berdoalah. Allah Sedia Mendengarnya.
Assalamulaikum dengan sembah kasih yang bersih...
Ada waktu, kita sebagai insan yang lemah pastinya pantas ditawan oleh rasa lemah dan tidak berdaya. Kita akan rasakan dugaan yang kita alami itu teramat berat. Sehingga menimbulkan rasa ragu terhadap apa yang Allah sedang berikan kepada kita. Jangan rasa pelik, kerana itu adalah fitrah hati kita yang sentiasa berbolak balik dan berubah mengikut daya tahan diri sendiri. Kita tidak mungkin tegak dan teguh stabil selamanya. Kita tidak mungkin akan rasa bahagia selamanya. Iman kita akan tetap diuji. Saat kita dilanda kalut dan resah.. cubalah bertahan dan kuatkan diri, lalu berdoalah dengan sebersih dan setulus hati. InsyaAllah.. Jika didunia ini, kita temui banyak jalan-jalan yang menuju ke haluan-haluan tertentu.., maka sudah tentu Allah telah sediakan lebih banyak jalan-Nya lagi untuk kita mengatasi beban yang tercipta di dalam hati.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah...
Ya Allah....Engkaulah yang telah menciptakan Rasa ini dalam hatiku
Lalu Engkau yang menciptakan rasa sedih dan gelisah dalam hatiku
Engkaulah yang Maha Benar
Engkaulah yang Maha Berkehendak
Yang Maha Berkuasa
Yang Maha Bijaksana
Lalu Engkaupun yang Maha Baik
Engkau telah memperlakukan ku sangat baik
Ya Allah..aku bersyukur kepada-Mu
Semua ini terjadi atas kehendak-Mu
atas rencana sempurna yang Engkau buat
Hamba ini hanyalah hamba-Mu
Sedang Engkau adalah Tuhanku
Hamba hanyalah hamba
Engkau adalah Tuhan
Ampuni dosa hamba, kekhilafan hamba
Kuatkanlah keimanan hamba, ketaqwaan hamba
Hamba memohon kepada Mu agar sedih dan gelisah ini menjadi kaffarah atas dosa-dosa yang hamba lakukan
Menjadi jalan bagi hamba untuk lebih dekat lagi kepada-Mu
Hamba memohon kebaikan dari segala yang sedang terjadi ini kepada-Mu Ya Allah
Hamba berlindung dari keburukan yang dibawanya, Ya Allah
Cukuplah bagi hamba diri-Mu Ya Allah
Tempat mengadu, memohon, berlindung dan memohon pertolongan
Sesungguhnya hamba redha terhadap segala yang Engkau lakukan
Radhiitu billaahi rabba, wa bil islaami diina, wa bi muhammadin nabiyya wa rasulullah
Sesungguhnya aku ridha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad SAW sebagai nabi dan rasulku..
Hasbiyallah…Hilangkanlah sedih ini…Hilangkanlah gelisah ini…
Gantilah semua yang telah luput dengan yang terbaik bagiku di mata-Mu…
Aamiin Ya Allah..
Hamba berkhuznuzhan kepada-Mu
Sesungguhnya Engkau bersama prasangka hamba-Mu…
Salam kasih, salam sayang, salam ikatan kerana-Nya. Moga kita semua diberikan lindungan dan hidayah-Nya dikala apa sahaja corak hidup ini diwarnai kebuntuan. Hanya dengan mengingati Allah dan kembali pada-Nya dengan sebenar-benar perasaan sahajalah, maka jiwa akan beroleh ketenangan. Amin..
Berdoa dan kemudian, tersenyumlah.. ada cinta Allah menanti.
Nasihat diri dan menghijaukan doa yang berterusan di dalam hati adalah kekuatan.
~Raz.R~
قُلۡ مَا يَعۡبَؤُاْ بِكُمۡ رَبِّى لَوۡلَا دُعَآؤُڪُمۡۖ فَقَدۡ كَذَّبۡتُمۡ فَسَوۡفَ يَڪُونُ لِزَامَۢا
"Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu". [Surah Al-Furqan : 77]
Thursday, June 16, 2011
Aku Ada Dia
Assalamualaikum w.b.t
Diperhatikan kehidupan seharian. Makin usia mengembang, makin ujian bertandang. Mungkin, inilah yang Allah maksudkan kepada setiap hamba-Nya, bahawa kita jangan mengira bahawa hidup kita di dunia ini hanya untuk bersuka-suka dengan nikmat-Nya. Kita wajib percaya bahawa Allah SWT Maha mengerti apa yang telah diciptakan-Nya. Dia berhak menguji kita. KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI CIPTAAN-NYA... KITA INI HAMBA-NYA!
Allah suka jika kita selalu ingat akan kelemahan kita di sisi-Nya. Akur bahawa kita ini milik-Nya. Percaya terus pada kehebatan-Nya!!!
Raz tidak menulis kata-kata ini untuk mempertonjolkan diri bahawa Raz di kalangan insan hamba yang baik. T.I.D.A.K sama sekali.
KESEDARAN.
Kesedaran yang perlu dicari oleh diri sendiri daripada apa yang berlaku setiap minit, setiap hari di dalam hidup kita seharian. Hisab diri. Kenal diri. Bila kita memperkatakan tentang kelemahan diri, kita sedang membawa diri kita untuk sedar bahawa kita ini tidak pernah memiliki apa-apa. Apa yang disusun di dalam hidup kita, semuanya wujud daripada SATU KUASA yang LEBIH HEBAT.. ALLAHUAKHBAR!
Adakala kita terlupa.. dalam kita leka dikelilingi oleh manusia-manusia lain di dalam majlis hidup kita, secara tidak langsung kita mendabik dada secara tidak sengaja atas kehebatan-kehebatan yang kita lakukan di atas dunia. Padahal kita tidak punya apa-apa. Semuanya milik Dia!
Biarkan kita berada di dalam rasa sedar. Biarkan orang lain juga sedar. Keistimewaan kita adalah keistimewaan-Nya. Keburukkan kita adalah kehinaan kita terhadap-Nya sebagai hamba.
Tiada apa-apa yang kita miliki kecuali DIA. Moga kita tetap terus sedar. Moga kita sama-sama menyedarkan. Amin Ya Robbal Alamin.
"Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)." [Surah Al-Insan- Ayat 28;29;30]
Dalam putaran turun naik kehidupan yang makin dicabar kerakusan hidup dengan sifat-sifat manusia lain. Raz akui, bahawa Raz ini adalah dikalangan insan yang sangat lemah. Tidak terlepas dari dorongan dan ikutan keadaan dunia yang memaksa Raz jatuh. Tersungkur lemah tidak berdaya dan dikotori selut hanyir busuk recepi sesama insan.
Seringkali terasa diri diperhambakan oleh manusia. Hidup di dalam keberanian yang amat tipis. Berada di dalam rasa takut yang bermacam-macam warna. Celoreng yang menggerunkan. Hingga ada masanya hati dikotori dengan sangkaan buruk kepada apa yang telah dikurniakan untuk Raz dalam hidup.
Dan tulisan ini diharapkan mampu membangkitkan Raz kembali. Sesungguhnya apa yang perit yang berlaku di dalam hidup Raz adalah KEHENDAK-NYA. Begitu juga di dalam kehidupan mereka yang mungkin senasib dengan Raz. Atau mereka yang lain yang lebih lemah daripada Raz. Marilah kita sama-sama mengerti bahawa apa yang berlaku di dalam kehidupan kita, selalunya adalah dari kehendak Allah sejurus dari sikap dan cara kita sendiri. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan. Pasti ada jalan yang kita tempa dan bina itu adalah kesimpulan dari kesalahan kita sebagai insan. Kita selidik, kita korek dan kemudian kita benamkan yang mana kita temui jelas ada kemurkaan Allah. Kita tanam dalam-dalam. Kita tumbuhkan sesuatu yang lain yang diizinkan-Nya yang dapat membunga dan membuahkan KEBAIKAN SEJATI DAN BENAR. InsyaAllah.. Amin..
Apa jua kesulitan.. katakanlah pada diri... " Tak mengapalah! Aku ada DIA!"
Wallahua'lam..
Salam sayang kerana Ilahi. Moga hidup hari ini, esok dan selamanya dilimpahi seri cahaya yang murni.. Senyum dan MMMuahks!
Subscribe to:
Posts (Atom)