Salam kasih Kerana Allah
Tuesday, March 29, 2011
"GAGAL BERCINTA"
Assalamualaikum.. Moga dicintai Allah sentiasa hendaknya.
Selepas memasak tadi, seperti biasa Raz berehat-santai sekejab sambil mata mengintai helaian-helaian sebuah buku karangan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Pengarang yang terkenal dengan menjana motivasi minda pembacanya. Tulisannya bersahaja sesuai untuk bacaan santai. Ermm.. bagus jugak!
Tertarik dengan mukasurat yang bertajuk : GAGAL BERCINTA.
Alang-alang Raz sudah membacanya, ada baiknya Raz berkongsi dengan semua yang singgah diruangan Raz disini. Mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat memikat kita untuk sama-sama berfikir dan mengembangkan fikiran. Lagipun, Raz tengah tandus untuk bercerita tentang 'rasa-rasi' Raz. Kita telaah pula kata-kata pakar kali ini.
Teruskan pembacaan ya... Katanya :
"Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntun kesedihan. Agaknya lebih ramai orang menangis akibat gagal bercinta daripada kematian ibu bapa. Alangkah besarnya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba-tiba bertukar kelabu, pokok-pokok menggugurkan daunnya hingga gondol, petir menyambar dan ribut pun terjadi.
Hampir semua orang mengalami gagal bercinta. Sebenarnya ia bukanlah cinta, sekadar suka, bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tidak tahu dia disukai. tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tidak mendapat layanan setimpal, dia menganggapnya sebagai gagal bercinta. Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari. Dunia dirasakan kelam. Dia tidak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi.
Pada mereka yang benar-benar bercinta kemudian mengalami kegagalan, ya, mungkin mereka lebih munasabah untuk meratapinya. Namun, kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan cinta? Cinta hanyalah pada makhluk- ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan. Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta?
Dia hanya manusia, penuh kelemahan dan serba kekurangan. Mengapa mesti terlalu berpatah harap? Dia tidak terkecuali dari ditimpa musibah, diulit penyakit, digelut usia tua. Mengapa hingga sanggup melupakan nikmat menyintai Tuhan hanya oleh manusia- kalaupun terlalu kacak, bakal hilang kekacakannya. Kalaupun terlalu cantik, bakal hilang kecantikannya. Kalaupun terlalu kaya, bakal pergi semua kekayaannya. Kalaupun terlalu sihat, bakal pergi menghadap Ilahi.
Cinta itu nikmat, mengapa mesti derita oleh cinta? Kegagalan cinta bukanlah penghujung dunia. Cinta hanyalah perasaan, kadang-kadang di situlah bertandangnya syaitan. Mengapa tidak faham bahawa cinta manusia tidak akan ke mana-mana, yang kekal abadi adalah kecintaan terhadap Ilahi. Mengapa anda tidak boleh menangis tatkala cinta terhadap Ilahi. Mengapa anda terfikir hendak membunuh diri semata-mata oleh cinta manusia durjana?
Tahukah anda, sewaktu anda merasai gagalnya cinta, syaitan semakin kuat ketawa kerana anda hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia, sedangkan kegagalan mendapat kasih sayang Tuhan patut lebih diratapi. Pernahkah anda menangis mengharapkan cinta Ilahi?
Tidakkah anda berasa malu menangis oleh gagalnya cinta terhadap manusia, sedangkan Allah lebih utama untuk anda tangisi taufik dan hidayah-Nya? Cinta itu INDAH, usah dicemari oleh perilaku yang salah. Cintailah Allah sebagai keutamaan anda, kemudian cintailah Nabi, berikutnya ibu ayah anda, selepas itu guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu yang keempat dan kelima, dirimu sendiri.
Cintailah dirimu sebab nasib anda di akhirat ditentukan oleh sejauh mana anda mengasihi dan menyayangi diri sendiri. Anda sayangi diri, anda tidak akan merelakan diri anda melakukan pelbagai kesalahan cinta. Semua kesalahan di sini akan ditanggung oleh diri sendiri di sana kelak.
Jika anda menyayangi dan mencintai diri sendiri, anda akan berusaha agar tidak menanggung beban dan akibatnya di akhirat. Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita sukar ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.
Laluan kedua pada cinta yang gagal adalah, lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru. Siapa tahu dia akan lebih baik. Izinkan diri anda bercinta lagi. Andainya anda sudah tidak ingin bercinta lagi, jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agong dan terakhir."
[Selesai kata-kata HM Tuah]
Kesimpulan yang dapat Raz fikir dari penulisan beliau, adalah tentang perilaku kita menerima gelodak mainan perasaan. Adakalanya, walaupun apa yang kita rasa itu seakan semuanya benar berpihak kepada kata hati kita, namun tidak mustahil kata hati kita itu salah melainkan kita juruskan segalanya ke jalan Allah.
Wallhua'lam.
Salam sayang seindah sayang.
Sayangi diri, sayangi peribadi, sayangi Ilahi.
MMuahks! Sesuram mana pun hati.. jangan biarkan ia gagal tersenyum!
Monday, March 28, 2011
Kuatkan Hati Kerana Ilahi
Ketika kita inginkan kekuatan, kuatlah kita dengan Allah subhanahuwata'ala.
Ketika kita mahu melakukan segala urusan kehidupan, lakukanlah segalanya dengan meletakkan sepenuhnya hati kita kerana Allah jua. Sesungguhnya yang baik itu sentiasa hadir dari kebaikan Allah dan yang buruk itu adalah dari kealpaan dan kelemahan kita menghalang diri dari godaan syaitan laknatullah.
"Kebahagiaan orang yang sentiasa berjalan di atas jalan yang lurus kerana Allah ialah, ketenangan akan bangkit bersamanya selalu. Dia akan merasa lapang dengan pengkakhiran yang baik untuk setiap masalah yang dihadapinya dan meletakkan keyakinan diri dengan hati yang P.E.N.U.H terhadap janji-janji Ilahi padanya. Dia tetap rela dan redha atas setiap langkahnya dan mengawal diri TETAP ke jalan yang satu ini... LILLAHITA'ALA."
Moga ada kebahagiaan menanti untuk apa sahaja yang kita lalui kerana Ilahi. Amin.
Assalamualaikum.
Selembar sayang, sekuntum segar senyuman.
Selamat pagi...Kuatkan hati kerana Ilahi. MMuahks!
Sunday, March 27, 2011
PENGORBANAN
Salam penuh rahmah dan mohon petunjuk Allah untuk segala-galanya dalam kehidupan kita. Apa khabar yang membaca bisikan kecil Raz di sini? Moga Allah dahulukan kita dengan kesihatan yang baik, rezeki yang baik dan hati yang baik hendaknya. Amin.
Kelmarin, Raz memang teringin untuk menulis sesuatu diruang ini. Negatifnya, Raz dibuntukan oleh beberapa perkara yang menolak Raz menulis. Masih terusik dengan bayangan silam yang tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada Raz. Raz sedar itu. Namun, apalah daya Raz. Mungkin hati Raz belum cukup tulus dan redha menerima kejadian-kejadian yang menurap kerikil tajam, menjadikan ia ingatan yang kejam.. Entahlah. Kelemahan Raz. Kata orang, kadang-kadang masa perlu diberikan pada diri sendiri untuk mengenal pasti apakah pengajaran disebalik pengalaman yang dilalui. Tetapi nampaknya, semakin Raz meluangkan masa tersebut, semakin pula ia menjadi pontianak yang mengusik-usik dan menghantui fikiran Raz dengan pelbagai persoalan dengan jawapan yang tidak ada kepastian.
Dalam hati kecil Raz, sekilas keikhlasan ini... bergelodak dengan dua rasa:-
1) Raz ingin terus menapak hidup dengan apa yang telah diberi oleh Allah swt seadanya diri Raz.
2) Raz inginkan kekuatan untuk mengorbankan perkara yang menjadi kegembiraan Raz, demi untuk kegembiraan yang lain.
Kedengaran seperti amat mudah untuk dilaksanakan. Kata orang, "Kita permudahkan apa yang payah; kita senangkan apa yang susah." Namun bila segalanya terletak pada diri untuk membuat keputusan... seperti biasa.. ia memerlukan ketahanan diri yang amat luar biasa. Dan selalunya!!! Selalunya.. usaha kita akan menempa berkali-kali kegagalan yang tidak kita sangka.
Seringkali, kehidupan ini menuntut kita dikorbankan atau membuat pengorbanan. Samada pengorbanan itu melibatkan orang lain atau menghindari keburukan masa hadapan sendiri. Sesungguhnya Allah lebih mengerti segalanya.
Banyak nasihat yang Raz terima. Malah, nurani sendiri juga telah menegur diri Raz. Perjuangan perlu diteruskan. Apa yang perlu direbut, rebutlah! Apa yang perlu diketepikan, lepaskanlah!
Namun, HARAPAN kita seringkali meletakkan kita dimensi yang SERBA SALAH. Bingung!
"Ditelan mati emak; diluah mati bapak; dikunyah mati diri." Ya Allah.. ! Petunjuk Allah yang diperlukan.
Adakala, usaha dan perjuangan yang kita lalui, jikapun ia untuk masa hadapan kita sendiri, ia tetap melibatkan masa hadapan orang lain. Mungkin, masa hadapan ramai orang lagi.
Lantas, kita terpaksa bermuhasabah dengan terperincinya dan memandang jauh setiap tindakkan yang cuba kita lakukan. Di situ, dalam terpaksa atau rela.. apa yang diharapkan untuk diri sendiri, perlu dikorbankan.
Wallhua'lam.
Bersabarlah menanti jalan keluar yang benar-benar terpilih.
Dengan Kasih Allah dan Rasulullah.
MMuahks!
Friday, March 25, 2011
Mulakan bangunmu dengan DOA
Ya Allah..
Kupersembahkan diriku sebagai hamba-Mu yang tidak berdaya.
Kutadahi kelemahanku memohon akan kekuatan-Mu.
Tolong Ya Allah.. demi Kebaikan-Mu yang Paling Baik diantara segalanya.
Perbaiki hidupku, perbaiki hatiku, perbaiki akhlakku.
Berikanlah aku sebaik hidayah dan petunjuk-Mu.
Ya Robbi.. Ya Kekasih segala kekasih..
Kasihi aku dengan kasih-Mu
Ampunilah aku dengan pengampunan-Mu
Ampuni aku, kasihanilah aku..
sesungguhnya Engkaulah tempat aku memohon pengampunan
Ya Arhamarrahiminarhamna...
Ampuni dan kasihi ayah bondaku,
berikanlah mereka akan segala kebaikan-Mu.
Sediakan mereka syurga terbaik-Mu.
Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat mereka.
Lindungi mereka, panjangkan usia mereka.
Sungguh, mereka adalah kurniaan-Mu yang terindah
dalam hidupku.
Ya Allah...
Selamatkanlah seluruh keluargaku,
Selamatkanlah adik-adikku yang kusayangi
sayangi mereka dengan perlindungan-Mu
sayangi mereka Ya Allah, dengan segala kurniaan terbaik-Mu.
Ya Allah...
Selamatkanlah kesucian agama yang telah engkau sediakan bagiku
bagi seluruh semesta alam ini
Rahmatilah saudara-saudara seagamaku
perbaikilah kami dengan hanya jalan-Mu semata.
Sungguh, Engkau memiliki segala kehebatan, Ya Allah... Ya Tuhan kami
sentuhlah kami dengan cahaya kehebatan-Mu.
Amin Ya Robbal Alamin.
Salam kasih semurni hati.. Raz.R
Moga Jumaat ini menjadi permulaan yang lebih baik untuk meniti hari selanjutnya.
MMuahks! Sama-samalah kita mulakan kehidupan kita dengan doa yang setulusnya.
Thursday, March 24, 2011
BENCI
Sesekali apabila rasa kecewa dan marah menular di dalam dada, "Yes!Of course!" ada benci yang membara. Itu fitrah dari kecil dan dhaifnya manusia. Iman yang tidak seberapa.
Seperti selalunya, Raz mengakui yang Raz ini bukanlah semaksum manusia. Sama seperti orang lain juga. Dalam diri Raz ada pelbagai perasa - Manis, masam, pahit, kelat, masin, payau.. semua ada. Ada hari Raz manis dan dihari lain pula Raz jadi masam. Sesekali diri akan terjerumus di dalam aura tanpa kawalan juga. Batas-batas sabar yang tidak mampu dibendung. Terpelecot sedikit. Apa nak buat. Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak marah.. dah marah dah pun.
Seingat Raz, hemm.. memang Raz pernah membenci pada beberapa orang. Bukan kerana penampilan, tetapi kerana sikap mereka. Manusia, kadang-kadang terlalu keterlaluan di dalam sesetengah perkara buruk. Hingga keadaan sekeliling menjadi haru-biru dan kacau bilau. Ketenteraman akan hilang apabila hadirnya sikap begitu dikalangan kelompok-kelompok tertentu. Perkara yang elok menjadi janggal kerana adanya sikap yang malang ini. Kebencian akan timbul apabila sikap buruk tersebut mempengaruhi orang lain supaya mengeruhkan suasana tenang. Nauzubillahiminzalik.
Namun, Raz percaya yang kebencian tersebut tidak perlu berlama-lamaan. Individu yang membuat onar dalam kehidupan orang lain itu mungkin akan berjaya pada peringkat mula. Tetapi dia akan gagal juga pada akhirnya. Masa penentu segalanya dan masa juga penentu tahap kesabaran kita. Tapi, sampai bila ya?.. Tak mengapa.. sesungguhnya Allah beserta kita yang sabar.
Biarlah..., biarlah orang lain mengkhianati kita, namun jangan kita mengkhianati orang lain. Mungkin kebencian itu akan berbalik pada diri sendiri. Kalau kita benci orang lain, tak mustahil orang lain juga akan membenci kita.
Benci perkara buruk itu baik. Itu akan mengelakkan kita dan menghindari perkara-perkara buruk tersebut. Yang perlu kita usahakan sekarang ialah berusaha untuk tidak terlalu meletakkan kebencian yang terlampau kepada sikap yang buruk. Kita sendiri tidak terlepas dari mempunyai sikap yang buruk yang mungkin tidak kita sedari. Hidayah Allah akan terkias kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dan, manusia itu boleh berubah mengikut masa dan pengajaran hidupnya. InsyaAllah.
Imbangkan rasa benci jika ia muncul. Kita yang hidup di dalam rasa benci yang melampau akan hidup dalam penderaan jiwa yang sangat menyiksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci disebut, fikiran kita akan menjadi keruh. Malah, kadang-kadang, jika ada yang memujinya, hati kita menjadi panas.
Acapkali, kebencian kita lebih jauh besar daripada penyebab kebencian tersebut. Kebencian yang panjang, hanya akan menimbulkan konflik dalaman yang membuatkan diri kita sengsara.
Surutkanlah kebencian tersebut dengan bertolak ansur pada diri dan pada orang lain dengan sabar. Doakanlah mereka yang kita benci itu agar ada ruang untuknya menerima hidayah dan petunjuk Ilahi. Mohonlah kepada Allah untuk petunjuk itu diberi kepada kita juga agar kita tidak terlalu membenci dan mudah memberi kemaafan kepada kebencian yang wajar dimaafkan.
Jom, kita mula memberi salam dan senyum kepada mereka yang kita benci kerana kita yang terbaik adalah kita yang sering memulakan perkara yang baik. InsyaAllah, segalanya akan menjadi baik dengan kebaikan Allah SWT.
Amin Ya Robbal Alamin.
MMuahks!
Love all of you.
Hate you but still love You.. Boleh, macam tu? ;-)
Dahan Yang Rapuh
Assalamualaikum..
Moga sejehtera di bawah lindungan dan nikmat kurniaan Allah SWT hendaknya. Amin.
Alangkah damainya jika Raz mampu pergi ke tempat-tempat yang indah seperti gambar yang Raz lekatkan diruang ini. Cantik sungguh ciptaan Ilahi. Jika dunia dicipta sebegini indahnya, tidak dapat Raz bayangkan syurga yang telah diciptakan-Nya di 'sana'. Benar, memang benar syurga itu ada! Raz percaya. Jika DIA telah menciptakan bumi yang sebegini uniknya, sudah pasti DIA mampu menciptakan yang lebih istimewa.
Namun, mampukah Raz berada disyurga-Nya. Layakkah Raz? Apalah besarnya kemuliaan yang Raz ada untuk Allah anugerahkan Raz syurga-Nya? Astaghfirullahalazim, begitu ketiadaan ini mengingatkan Raz hidup yang sering bergantung pada dahan yang rapuh. Mengharapkan dunia menjadi indah seindah-indahnya, namun lupa bahawa masih ada kurniaan Allah yang lebih indah.
Kadang-kadang, kita takut untuk melalui hidup sendirian, seolah dunia inilah tempat kekal untuk kita. Kita bimbang semua penderitaan yang kita lalui akan membuatkan kita hilang arah dan tujuan. Kita risau kita akan hidup dalam suasana suram tanpa tangan memapah dan menemani kita saat kegusaran. Kita seram hidup kita karam dan terkapai tanpa dahan untuk bergantung. Namun, dahan manakah yang lebih HIDUP dan kuat untuk kita bergantung sebenarnya?
Manusia- memang boleh memberikan kita dahan untuk bergantung, namun dahan itu masih belum menjanjikan apa-apa yang utuh. Jika dahan yang diberikan manusia itu adalah dahan yang datang dari Allah, bersyukurlah sebanyak-banyaknya bahawa saat itu, kitalah yang paling bertuah.
Jika tiada yang menghulurkan dahan yang sebenar untuk kita bergantung, ketahuilah bahawa dahan itu telah tersedia pada diri kita dimana jua dan walau apa pun situasi kita berada. Yang kita perlu adalah yakin dan percaya.
Ya Allah, moga Engkau ampuni aku dan izinkan aku bergantung didahan-Mu tanpa sedikitpun rasa ragu. Amin.
Salam kasih sepenuh hati,
dengan kasih Allah hidup lebih beerti.
MMMuahhks..!
Wednesday, March 23, 2011
Maafkanlah Diri
"Jadilah insan yang baik, InsyaAllah kehidupan akan menjadi baik."
"Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia adalah satu proses uzlah yang panjang dan sukar sekali dapat kita tentukan samada kita telah menjadi insan yang baik atau belum."
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi dengan seindah kasih, semurni sayang Raz berikan kepada yang sudi membaca bingkisan Raz yang tidak ada apa-apa istimewanya. Hanya seuntai kata-kata tentang pengalaman kerdil diri seorang insan biasa yang tidak punya apa-apa.
Moga Allah merahmati hidup kita dengan petunjuk yang lurus dan kekuatan jiwa untuk tetap meluruskan tauhid dan istiqamah kita terhadap kebaikan-kebaikan yang disediakan Allah dalam zahir mahupun batin.
Hari ini Raz bercuti. Alhamdulillah sedang cuba mencari ruang terhadap diri sendiri sambil mengasah jiwa dan hati untuk mencari apa sebenarnya yang perlu Raz cari. Raz sedang cuba meringankan bebanan-bebanan yang diterima. Memahami hikmah ujian-Nya.
Ampun dan maaf Raz pinta di atas tulisan-tulisan Raz yang agak 'meronta hiba' sejak kebelakangan ini. Luahan Raz itu membuktikan bahawa Raz belum lagi insan perkasa yang dapat memperbaiki diri sepenuhnya. Seperti di awal ayat yang Raz tulis, memang kita ini bercita-cita untuk menjadi baik dan terus menjadi insan yang terbaik. Namun, semua itu memerlukan pengorbanan yang banyak dan hati yang amat-amat tega untuk melepaskan sesuatu yang kita terpaksa dilepaskan walau kita SAYANG SEPARUH NYAWA sekalipun! Wallahua'lam. Demi sebuah perubahan. Demi kebaikan masa sekarang atau masa hadapan.
Persepsi diri yang harus berada dihadapan untuk sebarang perubahan adalah KEMAAFAN yang ikhlas. Memaafkan diri sendiri atas sesuatu tragedi itu adalah aura yang amat baik untuk kita mula memaafkan yang lain. Itulah yang sedang Raz cuba lakukan. Seterusnya, kita perlu menghindar diri dari meminta balasan untuk apa sahaja kebaikan yang kita lakukan. Lepaskanlah segala harapan untuk menerima balasan daripada insan kepada mengharapkan Allah membersihkan kekotoran hati yang bertitik-titik dipermukaannya. InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah... semuanya akan baik nanti.
Ujian, sememangnya sedang mengajar kita untuk matang dalam mengerjakan ibadah-ibadah Allah. Ujianlah juga yang sering membawa kita tergelincir ke dalam telaga kekhilafan diri yang sarat. Ujian jugalah yang sedang membantu kita belajar memaafkan diri sendiri untuk memohon kemaafan Ilahi. Teruslah berhenti memperdayakan diri sendiri yang mendorong kita merasakan diri kita tidak boleh dimaafkan. Belajarlah memaafkan kelemahan diri dan mohonlah keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan DIA sentiasa bersedia untuk doa-doa kita.
Semoga kemaafan hari ini membuatkan kita memiliki jiwa yang mutmainnah (tenang).
Semoga kemaafan hari ini membuka gerbang luas untuk perubahan dan kecemerlangan yang seterusnya .... HANYA KERANA ALLAH.
Maafkanlah diri dan senyumlah dengan penuh kemaafan kepada sesiapa jua pun.
Salam kasih.. MMMuahks!
Tuesday, March 22, 2011
Bersabarlah Wahai Hati
Moga kegusaran, kehampaan kelmarin tidak akan buat kita semua lekas kecundang dan jatuh tersungkur. Kita masih terjaga dan masih diberi peluang yang hingga sekarang entah yang keberapa kalinya oleh Ilahi. Terima kasih Allah! I love You, Allah.
Assalamulaikum wahai semua sahabat yang sering bersama Raz. Membaca dan memahami nukilan pengalaman hidup Raz. Walaupun mungkin agak tak jelas namun, Raz rasa semua yang membaca akan mengerti bahawa.. kehidupan ini sentiasa diperhebatkan dengan pelbagai ujian.
Sebenarnya Raz masih menangis lagi. Sudah tiga hari, tiap kali bangun pagi setelah subuh, membazir air mata... itulah kerja Raz. Hemmmhh... buruk rasanya selepas menangis. Mata bengkak, pipi kembung dan wajah nampak letih dan kusam. Seolahnya separuh hidup Raz telah jauh pergi dan Raz sedang hidup dengan hanya yang separuh ini. Astaghfirullahalazim... Ya Allah.. Aku hidup untuk-Mu, namun kenapa aku sering amat menghidupkan diriku kerana yang lain yang sering melukakan hatiku?
Pagi ini..
Raz ingin menghargai mereka yang telah memberikan semangat pada Raz dalam diam dengan ucapan TERIMA KASIH YANG BERJUTA. Di dalam rasa gagal, terasa ada rasa berjaya. Alhamdulillah. Raz tidak menerima kekuatan dari insan yang amat-amat harapkan untuk datang memberi kekuatan tetapi Allah telah menggabungkan kekuatan itu dalam bentuk yang lain... iaitu sahabat-sahabat.
Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan mereka yang telah membakar kekurangan diri Raz dan menyiramnya dengan curahan doa dan kata semangat. Setiap kata-kata yang baik itu adalah dari suluhan nur Allah. Raz amat menghargainya.
Moga Allah menyelamatkan kita semua dengan kasih sayangnya sentiasa.. Apa jua yang terjadi, kita tempuh dengan ingatan yang kukuh terhadap Allah.. InsyaAllah, Allah akan kukuhkan bantuan-Nya kepada kita semua. Amin..
Raz akhiri kata pagi Raz dengan sebuah puisi dari seorang sahabat yang baik. Moga Allah berikan sahabat ini kebaikan yang sebanyaknya...
Sabarlah wahai hati..,
Luas mencabar kehidupan ini
Segala kepahitan sukar dilupai
Bagaimana langkah harusku lalui
Tabahkan jua dalam mengharungi
Sabarlah wahai hati..,
Sifatmu membawa kebahgiaan diri
Junjungan peribadi Nabi yang dicintai
Kemanisan hidup bakal menerangi
Kekuatan dalam meneruskan hari-hari
Sabarlah wahai hati...,
Setiap dugaan datang menguji
Adakah dirimu mampu mengharungi
Walaupun perit untuk menjalani
Dirimu pasti berjaya menangani
Sabarlah wahai hati..,
Hanya Pemilikmu lebih menghetahui
Keyakinan kepadaNya sahaja mengubati
Ibarat mutiara yang sukar ditemui
Ketahuilah yang terbaik bakal menanti
BERSABARLAH wahai mahsuri(Raz)
Mungkin hari ini dirimu diuji
Ku percaya mahsuri teguh iman dihati
walau geloranya ibarat tsunami
Ku percaya dirimu adalah srikandi
Ku Doakan smoga Raz diberi kekuatan serta keimanan
Dalam mengharungi rencah2 hidup..dan smoga Raz peroleh ksejahteraan
Dunia & akhirat..amin..
Amin Ya Robbal Alamin...
"Bersabarlah wahai hati.."
Raz... bersabarlah lagi.. tebalkan iman..
Monday, March 21, 2011
Bangun kerana-Nya.
Bangunlah kerana-Nya..!
Walaupun pagi ini Raz bangun dengan air mata yang menghujani hati yang tidak bermaya. Raz percaya Allah SWT itu Maha Adil dan saksama. Dia tidak akan membiarkan jasad dan nyawa Raz sia-sia di dunia kerana mempertikaikan sikap manusia. Sesungguhnya sikap manusia adalah salah satu dari ujian-Nya. Raz redha.. dan hanya perlu tahu, yang Raz harus bangun kerana-Nya!
Raz masih yakin dan masih mahu bangun mengisi sisa-sisa hidup Raz dengan-Nya. Raz masih mahu menjadikan hidup Raz ini berkilau dan bercahaya kerana-Nya.
Biarlah, jika Raz tidak ada apa-apa sekalipun,asal DIA tidak pernah jauh dari Raz.
Itu sudah mencukupi.Tidak ada sesuatu perkara pun yang boleh melampaui kuasa Ilahi. Tidak ada suatu perkara pun yang lebih membahagiakan diri melainkan dengan jalinan kasih bahagia dari Ilahi.
Innalillahiwainnailaihirajuin..
DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.
Allahurobbi - Allah Tuhanku!
Selamat pagi wahai semua sahabat bistari. Moga Allah menjadikan hidup kalian sentiasa berseri. Amin. Assalamualaikum. MMuahks!
Sunday, March 20, 2011
SEDIH ITU RACUN HATI
Assalamualaikum wbt.
Moga Allah berikan kekuatan pada hati Raz, dan pada semua bagi menghadapi segala ujian hidup ini dengan rela, sabar dan tenang.
Hati Raz diracuni kesedihan yang teramat malam tadi sehingga terbawa sampai ke pagi. Entah berapa banyak air mata ini tumpah. Dada terasa terkesumat dengan kesakitan yang teramat. Raz menangis bukan kerana apa yang Allah takdirkan untuk Raz, tetapi kerana kezaliman manusia yang melumpurkan segala ketidakberdayaan Raz ini dengan penganiayaan.
Selamat pagi semua! Maaf atas kemuraman Raz hari ini.
Adakala sebagai manusia biasa yang kerdil dengan pelbagai kelemahan, tiada daya upaya Raz untuk mengelak tumpahan hati digoda kehibaan dan kesedihan. Bukanlah Raz memohon kesedihan ini mengundang, tapi kesedihan ini seolah menduga kekuatan hati yang Raz pegang selama ini. Sehingga Raz amat- amat terikut dan patah.
Allah menduga Raz lagi.
Dalam bejaga-jaga dan berhati-hati, tsunami hati tetap terjadi. Ada perkara yang dapat kita lalui dengan tabah... dan ada sesetengah perkara, kita amat memerlukan sokongan orang lain untuk tabah.
Sesungguhnya sedih itu amat meracun hati. Tidur menjadi sepi. Mimpi menjadi ngeri. Raz berdoa dengan sesungguhnya, Ya Allah... janganlah Engkau menduga aku dengan perkara yang tidak mampu aku laluinya. Namun, ujian yang Raz rasa Raz tidak mampu lalui itulah yang datang. Ya Allah...
Hati Raz amat terluka, namun dalam pada masa yang sama nurani Raz merasakan yang Raz tidak perlu membiarkan diri Raz terus terluka. Sakitnya amat ketara. Semakin Raz sedih, semakin rasa dungu menghimpit perasaan. Iman Raz terasa meluntur. Ohh, tolong Ya Allah... jangan biarkan ia begini.
Mungkin Allah lebih tahu. Dia tahu yang sudah sampai masanya Raz mampu menghadapi ujian yang cuba Raz tepis itu. Mungkin Dia mahu Raz membuka seluruh dan sebulat hati Raz ini benar-benar mengenali akan kehendak-Nya. Mungkin Allah Tahu yang Raz telah bersedia.
Hati terasa kalut dan kata kian melalut. Senyumlah Raz! Senyumlah sekalipun hati terasa hambar. Senyumlah kerana Allah sedang mengujimu. Senyumlah walau hati sedah parah. Allah Maha mengatahui yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sayu berbaur kasih walaupun ia teramat pedih.
Jangan biarkan hati merintih meracuni hari dan membiarkan diri mati sebelum berusaha pulih. Sedih itu racun hati.
MMuahks!
Saturday, March 19, 2011
Hari baru, semangat baru.
Salam kasih.
Assalamulaikum. Moga Allah SWT membuka jalan-jalan rezeki dan jalan kehidupan yang penuh luarbiasa dengan kebahagiaan-Nya kepada kita hari ini.
Malam tadi tidur Raz adalah tidur yang indah. Syukur Ya Allah... Moga keindahan itu berterusan dengan penciptaan kemuliaan dan kebaikan. Amin.
Biar apa pun yang bakal terjadi hari ini, itulah kehidupan kita. Itu jugalah diri kita yang sebenarnya. Seperti mana kita dibangkitkan Allah dengan melalui satu lagi hari yang baru, apa salahnya kita ukir semangat terbaru untuk meneruskan kehidupan tanpa rasa goyang dan goyah. Mungkin dan tidak mustahil hari ini akan menjadi titik mula masa depan yang hebat dan istimewa. Kuasa Allah mengatasi segalanya, sahabatku sayang.
Opss... nanti kita sambung bicara ya? Raz terpaksa berlalu dengan segera.
Senyum dan kuatkan semangat diri kita ya? InsyaAllah, jika kita sentiasa berlaku baik terhadap Allah, Allah juga akan memberikan kebaikan pada kita. Malah, mungkin lebih elok lagi.
Sayang selalu setulus hati.
Raz.R
"Don't worry, Be strong"
Friday, March 18, 2011
Jumaat Lagi.. Banyakkan Berdoa ya?
Wah! Cantiknya gambar di atas. Sukanya Raz menikmatinya. Jom kita berpantun sikit. Ewah! Kih Kih Kih...
"Mudik ke hulu melayar rakit,
singgah berlabuh di kuala Tualang.
Mentari bangkit; insan pun bangkit,
indah alam bukan kepalang!"
Assalamualaikum wbt semua! Selamat pagi dan salam bersambut kasih, berbalut sayang dari Raz. Sarapan apa pagi ini? Secawan kopi, sekeping rotikah?.. Alhamdulillah.. kita masih lagi ada makanan untuk di makan sekalipun kadang-kadang banyak kesusahan. Kan? Perut kita jarang perlu diikat. Sesetengah dari kita amat malang. Berikat perut. Belum tentu pula dapat menjamah seseuatu makanan walaupun sehari sekali. Sedihnya... Bersyukurlah kita. Allah sentiasa memelihara kita. Kadang-kadang rezeki kita sampai empat kali sehari!
Raz rasa tak sempat nak bercoleteh panjang pagi ni. Maaf ya. Air masih di atas dapur dan kopi masih belum dibancuh. Orang tua-tua cakap, kalau nak awet muda, wajib ambil sarapan diwaktu pagi.. Hik! Hik! Hik!... Raz dah tua kerepot pun.. mustahil dapat kembali muda remaja.
Muda, adalah saat yang telah berlalu. Apa yang kita miliki saat ini dan kita masih memilikinya, Alhamdulillah, bersyukurlah kita. Cuma, sarapan pagi memang perlu untuk memperkuatkan diri dan bertenaga menghadapi hari.
Jom, temankan Raz bersarapan?
Sekadar kopi dan sebungkus nasi lemak..Sudi-sudikanlah.. [tak sempat nak memasak]
Oh!Ya! Hari ini Jumaat lagi..
Jangan lupa ya, panjatkan doa sebanyak-banyaknya kerana doa hari Jumaat amat dimakbulkan Ilahi. Jangan biarkan jumaat, penghulu hari ini berlalu pergi tanpa sebarang doa. Rugi!!!
Mana tahu, kita mungkin tidak akan hidup untuk Jumaat yang akan datang. Rebutlah peluang menjadikan Jumaat yang kita miliki ini Jumaat yang penuh kebaikan, kemuliaan dan keberkatan diri.
Ya Allah.. Ya Arhamrraahimiinn...
Ampuni dosa-dosa kami.
Jadikan kehidupan kami lebih baik untuk-Mu.
Jadikan jiwa kami cekal kerana-Mu.
Tolonglah kami menghadapi seluruhnya ujian
dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.
Redhakan kami dibumi-Mu..
Mohon Engkau tidak menjauhkan kami dari sentiasa
mengingati-Mu...
Amin.. Ya Robbal Alamin.
MMuahhks.. Salam Jumaat, Salam kasih.. Banyakkan senyum hari ini, ya? Sedekah boleh dibawa ke akhirat.
Barakallah..
Thursday, March 17, 2011
Jangan Gelisah Jika Diri Tidak Dihargai
Assalamualaikum w.b.t.
Semanis-manis senyuman di awal pagi Raz sediakan untuk yang membaca susun ayat yang Raz tuliskan di sini.
Moga Allah berikan kita kesihatan yang baik dan akidah yang kukuh bagi menghadapi hidup yang penuh kekecohan ini. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan. Amin.. Allahurabbi...(Allah Tuhanku)
Raz ini manusia biasa.
Selaku itu banyak kepincangan dan kekurangan diri yang Raz perlu sedaya upaya perbaiki. Apatah lagi Raz ini juga wanita. Wanita, seperti yang kita semua tahu sering lemah dan terbawa-bawa dek emosi sendiri. Orang cakap, hormon wanita sekejab naik, sekejab sekata, sekejab merundum turun ke gaung. Kih!Kih!Kih!
Hakikatnya hati kita sentiasa berbolak-balik dengan keadaan hidup, ujian-ujian dan hasutan syaitan. Tiap-tiap hari kita harus berperang menghapuskan kekotoran di dalam fikiran kita. Fikiran kita sering berkitar-kitar berfikir tentang banyak perkara. Ada perkara baik dan ada yang buruk. Kadang-kadang, apa yang kita fikirkan benar mengikut pendapat kita, boleh menjadi salah. Kadang-kadang pula apa yang kita fikirkan salah, banyak pula kebenarannya. Macam-macam yang akal kita langkau. Jika kita tidak mempunyai akidah yang kuat, nescaya akan mudahlah kita terpesong dengan akal kita sendiri. Sebab itulah agama, Allah dan Rasulullah itu amat-amat penting bagi kita seimbangkan kehidupan kita yang sebenar. Jika tidak, kita hanya mengikut apa yang kita fikirkan benar untuk diri kita tanpa menoleh terhadap apa yang benar mengikut hukum akidah kita sebagai hamba-Nya.
Hemmm...
Sesekali , akal Raz juga kadang-kadang menginjak pada rasa rendah diri dan tidak dihargai. Lebih-lebih lagi apabila segala usaha Raz dipandang sebagai sesuatu yang tidak pernah beerti. Raz pernah diperbodohkan situasi. Raz pernah tidak dipeduli. Raz pernah menerima tekanan yang dasyat terhadap keadaan hidup yang menyedihkan. Raz juga pernah diaibkan. Raz pernah dizalimi. Raz pernah ditipu. Yeah, sesungguhnya Raz ini manusia biasa yang kerdil yang hidup dikalangan manusia lain yang serupa juga.
Apalah kekuatan Raz sebagai wanita untuk menghadapi kemelut persaingan hidup yang banyak ragamnya. Tidak mustahil emosi akan mengawal diri akhirnya. Lantas, air mata menjadi pengubat sengsara.
Itulah kesalahan akal Raz.
Apa yang kita fikirkan tentang hidup, atau apa sahaja yang kita anggap tentang hidup, itulah siapa kita sebenarnya.
Kepercayaan kita terhadap apa yang wajib kita pegang dalam akidah diri itu rapuh. Justeru kita membiarkan perasaan dan apa yang kita fikir mengawal rentak hidup kita. Kita akan jadi lemah dengan fikiran kita sendiri.
Janganlah bimbang jika diri tidak dihargai atau diri terasa sepi dari pertolongan yang sejati. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang diantara segala kasih sayang. Kita berserahlah kepada Allah terhadap apa saja usaha yang telah dibuat. Jika kita sentiasa bersangka baik kepada kehendak dan takdir Allah yang jatuh kepada kita, pasti dan yakinlah bahawa Allah lah yang akan membantu dan mendorong kita ke arah pertolongan-Nya jua.
Apalah harga sebuah harga dari makhluk sedang Allah itu Pencipta Makhluk??
Berharaplah akan penghargaan dari Allah. Tetap teguh dan yakinlah disitu. Sesungguhnya itulah kekuatan akidah kita. Biarlah jika dunia merengsakan kita dengan rasa kejauhan namun.... Allah sentiasa berada bersama menanti kita memohon dan berharap HANYA PADA-NYA.
Kuatkan hati.
Perteguhkan perasaan.
Bersihkan fikiran.
Biarlah diri tidak dihargai, asal jangan kita tidak berharga lagi terutama di mata Ilahi.
Salam kasih. Moga kita dikasihi Allah selamanya. Amin.
MMuahhks!
Wednesday, March 16, 2011
HARGAI INSAN YANG MENJADIKAN KITA DIHARGAI
Ini pesananan kritikal dari hati Raz untuk sahabat-sahabat terutama yang lelaki. Kih!Kih!Kih!...Macam menggerunkan pulak. Tak adalah, semua ni sekadar pesanan supaya kita lebih faham dan lebih menghargai orang yang kita sayangi, apatah lagi orang yang menyayangi kita. Tidak kira lelaki atau perempuan.
Jika kita memiliki seorang yang selalu mengambil berat tentang kita, janganlah menganggap keperihatinan itu sebagai satu perkara yang merimaskan. Berusahalah memahami. Mungkin, apabila kita kehilangan, kita akan amat merindui rasa diberi perhatian sepertimana yang telah diberikan. Mungkin, kita tidak akan temui lagi mana-mana insan yang boleh memberikan kita kasih sayang yang sebegitu. Ingatlah, kadang-kadang, peluang untuk kita temui insan yang terbaik yang menyayangi kita sepenuh hatinya, terjadi hanya sekali sahaja. Jangan sekali sombong dan membiarkan orang yang kita sayangi itu dinaungi rasa tidak dihargai selalu. Berterima kasihlah padanya kerana dengan adanya dia.... kita menjadi insan yang berharga. Mustahil, kita dapat menemukan orang yang sama sikap dan sama fizikal sepertimana orang yang mula-mula membuatkan kita kenal akan 'rasa dihargai' tersebut. Anggaplah apa yang kita terima itu sekalipun melemaskan, sebagai ANUGERAH dari Ilahi.
Apa sahaja kebaikan yang Allah beri terutama dalam bentuk perasaan kasih adalah anugerah YANG AMAT BERNILAI. Peliharalah dan bentuklah ia dengan cara yang terbaik agar ia dapat memberikan kita keindahan hidup yang sebenar.Wallhua'lam.
Tersenyumlah pada orang yang kita sayang dan ajaklah mereka belajar membalas senyuman kerana senyuman itu, sekalipun tidak terpandang harganya pada mata kasar, ia adalah anugerah yang amat besar.
Selamat pagi, moga hidup akan sentiasa berkembarkan kejayaan dan ketenangan hati. Moga kita menghargai apa yang wajar kita hargai.
Assalamualaikum.. pesona sayang dari Raz utk semua. MMMuahhks!
Tuesday, March 15, 2011
Nilaikan Hidup Kita Hanya Kerana... ALLAH.
~"SESUNGGUHNYA BENDA-BENDA YANG KAMU SERU SELAIN ALLAH ADALAH MAKHLUK-MAKHLUK SEPERTI KAMU.OLEH ITU CUBALAH MENYERUNYA SUPAYA BENDA-BENDA ITU DAPAT MENGABULKAN PERMOHONAN KAMU, KALAU BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BENAR"~ (A-A'RAF:194)
Assalamualaikum dan selamat pagi! Secangkir kasih, seluas senyuman, saujana sayang buat semua. MMMuahhhks!
Monday, March 14, 2011
Puaskan Hati.
BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamualaikum dan "A Very Sweet And Lovely Pagi" untuk semua! MMuahks!
Hehehehe....
Dah sarapan?
Mudah-mudahan rezeki kita melimpah hari ini dan hati kita sentiasa dipenuhi dengan rasa syukur dan berpuas hati dengan apa sahaja yang kita miliki.
Hari isnin selalunya hari yang 'memalaskan Raz'. Astaghfirullahalazim.. Bukan senang nak panaskan semangat biar membara untuk ke pejabat. Bateri kena betul-betul penuh. Adeh.. Masa terlalu cepat berlalu.
"Aku berlindung kepada Allah dari jiwa yang tidak pernah berasa puas." (Doa Rasulullah saw)
Ya Allah jadikanlah pagiku ini untuk akhirat. Supaya aku lebih kuat dan tenang menghadapi sebarang ujian-Mu juga kemungkinan hidupku. Amin.
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini. Ramai yang tidak memiliki hidup seperti kita dan sentiasa mengimpikan hidup seperti kita. Rasa bertuahlah dengan apa yang ada. Usah perlu gerun dengan masa hadapan yang tidak pernah menentu dan tidak pernah kita tahu.
Let's move on!
Selamat pagi semua. Jom, dah nak pergi kerja. Tapi, sebelum tu.. nah, Raz hidangkan secawan kopi untuk diperhati... kih kih kih!!! Senyumlah sepanjang hari walau tak ada gigi tapi senyum tetap berseri.
Assalamualaikum dan "A Very Sweet And Lovely Pagi" untuk semua! MMuahks!
Hehehehe....
Dah sarapan?
Mudah-mudahan rezeki kita melimpah hari ini dan hati kita sentiasa dipenuhi dengan rasa syukur dan berpuas hati dengan apa sahaja yang kita miliki.
Hari isnin selalunya hari yang 'memalaskan Raz'. Astaghfirullahalazim.. Bukan senang nak panaskan semangat biar membara untuk ke pejabat. Bateri kena betul-betul penuh. Adeh.. Masa terlalu cepat berlalu.
"Aku berlindung kepada Allah dari jiwa yang tidak pernah berasa puas." (Doa Rasulullah saw)
Ya Allah jadikanlah pagiku ini untuk akhirat. Supaya aku lebih kuat dan tenang menghadapi sebarang ujian-Mu juga kemungkinan hidupku. Amin.
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini. Ramai yang tidak memiliki hidup seperti kita dan sentiasa mengimpikan hidup seperti kita. Rasa bertuahlah dengan apa yang ada. Usah perlu gerun dengan masa hadapan yang tidak pernah menentu dan tidak pernah kita tahu.
Let's move on!
Selamat pagi semua. Jom, dah nak pergi kerja. Tapi, sebelum tu.. nah, Raz hidangkan secawan kopi untuk diperhati... kih kih kih!!! Senyumlah sepanjang hari walau tak ada gigi tapi senyum tetap berseri.
Sunday, March 13, 2011
Kasih Sayang Asli
Raz percaya hanya hati yang tulus menyayangi sahaja yang mampu membaca bahasa kasih sayang yang asli.
Assalamualaikum, sahabat Raz yang sedang membaca luahan rasa Raz yang tidak seberapa. Dengan harapan agar luahan Raz dapat memberi manfaat dan melekatkan rasa kasih sayang yang berpanjangan untuk hari ini, esok dan seterusnya dan InsyaAllah dapat di bawa ke akhirat jua. Amin.
Banyak orang yang Raz sayang dalam hidup Raz. Alhamdulillah. Pada keluarga, saudara, teman-teman dan sahabat-sahabat. Mereka inilah yang selama ini menjadi inspirasi perjalanan kehidupan yang Raz lalui. Secara jujur, mereka inilah yang banyak mengajar Raz tentang kasih sayang. Raz memang gemar jadi pemerhati. Hanya mereka yang kita sayangi dan menyayangi kitalah yang banyak memberikan kita cara kasih sayang yang indah.
Jika diamati dengan teliliti, kita akan dapat melihat pelbagai ragam cara setiap dari kita menyampaikan kasih sayang.
Ada pihak yang suka menyampaikan kasih sayang dengan meterial.
Sesetengahnya pula menyampaikan kasih sayang dengan harta dan wang ringgit.
Ada juga menitik beratkan rasa ambil berat dan perhatian sebagai cara berkasih-sayang.
Tidak kurang ada yang meluahkan kata-kata "sayang" sentiasa (hari-hari, tiap-tiap sejam sekali!!) sebagai membuktikan sumpah sayang setianya.
Yang memandang dari jauh dan memanah kasih di dalam diam pun ada.
Banyak juga yang mengeluarkan "cemburu" untuk memberitahu yang dia benar-benar sayang.
Yang bersolek rapi, memperagakan diri dalam personaliti sentiasa menarik dan ranggi pun ada demi menonjolkan bahasa sayang.
Yang mengerah tenaga melakukan sebarang kerja, menurut kata, mengikut arahan pun ada.
Fuhh!!! pendek kata, macam-macam cara ada. Tidak tersebut dan tidak tersusun segala macam cara itu. Semuanya hanya kerana satu iaitu : KASIH SAYANG. Sungguh, ia adalah satu rasa jiwa yang membungakan makna yang luas, seluasnya sedangkan terbitnya tetap dari HATI YANG SATU dan BERSATU.
Wah...! Cantik sungguh kasih sayang itu.
Namun, Raz pasti ramai yang setuju bahawa hanya dengan memiliki KEIKHLASAN yang JERNIH sahaja yang berjaya merealisasikan kasih sayang yang asli. Andai di dalam hati itu masih ada benci dan dengki, sebanyak mana pun usaha untuk mendekatkan orang yang kita sayangi, tidak akan wujud keaslian. Kasih sayang boleh berkilau dengan sendirinya tanpa rasa pura-pura.
Bagi Raz, kita yang sering bermegah-megah di dalam kasih sayang adalah kita yang amat nipis dengan kasih sayang. Kasih sayang tidak dapat dibeli, dihutang atau diperdagangkan.
Biar jarak lokasi menjauhkan jasad kita, jika keaslian kasih sayang itu tercipta di dalam diri... ia tetap akan berseri.
Keaslian UTAMA kasih sayang itu hanya ada pada Ilahi. Kita yang berterusan memberi khidmat terbaik kepada Allah SWT akan sentiasa memperolehi kasih sayang sejati.
Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyelimuti Raz dengan kasih sayang yang asli. Allah itu Maha Pemberi Kasih sayang. Moga kita semua sentiasa dinaungi kehebatan kasih sayang sejati. Amin.
Salam hormat, salam kasih..-Raz.R-
Saturday, March 12, 2011
Sakit Itu Nikmat
"ALLAH TIDAK AKAN MEMBERLAKUKAN SATU QADHA' KEPADA HAMBA-NYA KECUALI IA MENJADI KEBAIKAN BAGINYA" (Ulamak)
Assalamualaikum wbt sahabat yang dikasihi Raz dan dikasihi Allah SWT. Moga kita semua terus menerus disayangi Allah juga diberikan jalan-jalan yang lurus dan diselang-selikan dengan pandangan kehidupan yang indah selalu. Amin.
Alhamdulillah, kita bangun lagi dan alam yang kita miliki masih baik dan indah. Bersyukurlah kita.
Tubuh Raz terasa sengal-sengal pagi ini. Kesihatan yang sedang merosot. Namun, Alhamdulillah masih menerima kebaikan Allah dengan nafas yang tenang.
Sakit itu nikmat, InsyaAllah.
Ia menyediakan jalan bagi kita mengingatkan diri akan kebesaran Allah SWT. Disamping, dapat menyucikan dosa-dosa kita di dunia.
Mudah-mudahan kita tidak mengeluh dengan rasa tidak sihat yang sementara kerana hikmahnya amat banyak bagi kita yang sering berfikir.
Wah! sedang Raz menulis, terdengar rintik hujan bergenta di atap rumah. Sememangnya pagi ini adalah bagi yang indah. Moga kita dapat meneruskan hari kita dengan lebih ceria dan bersemangat!
Jaga diri ya. MMuahhks! Gariskan bentuk senyuman yang paling comel sentiasa.
Friday, March 11, 2011
Teknologi Insan Vs Teknologi Tuhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa. Assalamualaikum wbt, semua! Hari ini 11hb Mac 2011 bersamaan Hari Jumaat, penghulu hari yang magis sekali.
Telah sedia maklum, dunia dihentam sejarah baru yang hebat hari ini. Tsunami lagi! Raz dikejutkan tragedi Tsunami di Jepun petang tadi dan seram sejuk terasa tubuh ini. Tidak ingin Raz ulas kembali tragedi yang berlaku kerana sebaran internet telah menerjah begitu pantas. Kebanyakan kita tergempar dengan berita ini. Allahuakhbar!
Penutup Jumaat yang tragis dan membawa fikiran Raz pada kebesaran Allah SWT yang seharusnya kita fikir bersama.
Negara yang gah dengan kecanggihan teknologi dan kemodenan frasarana digelodak hempasan Tsunami yang menggerunkan. Apa yang terkilat di akal Raz ketika mendengar berita itu adalah teknologi manusia yang hebat, tidak sekelumitpun berjaya menandingi teknologi Sang Pencipta. Dia Maha Hebat! Subhanallah.. MasyaAllah dan Astaghfirullahalazim.
Keseronokkan kita mengejar-ngejar meterial hidup yang serba sofistikasi,berdaya popular yang megah mengikut daya cipta terkini boleh hilang di dalam beberapa saat sahaja. Semuanya hanyut ditimbus garang gulungan kehebatan kuasa Allah. Siapalah kita ketika itu??
Air laut, persis sang puteri tenang, lembut, cantik dan tenang dipandang, tiba-tiba mengaum kuat menghancurkan semuanya. Ya Allah! Lindungi kami dari hukuman yang tidak mampu kami lalui. Amin.
Hari ini menjadi pengajaran bagi Raz. Mudah-mudahan kita bangun pada hari esok dengan melalui hidup bersama peribadi yang sentiasa bertatahkan permata kasih dari Ilahi. Moga kita sentiasa dilindungi dengan keselamatan-Nya sentiasa. Amin.
Selamat malam, penghulu hari.
Selamat tidur, sahabat hati.
Mekarkan nurani dengan Ilahi.
MMMMmmuahks!
Raz.R
Ulang Tahun Sebuah Impian
10 tahun yang lalu...dan hingga hari ini...
Raz masih bangun dengan impian yang sama. Tidak ada anjakkan untuk mengubah impian yang terbina.
Assalamualaikum wbt beriring dengan penghulu hari yang mulia. Jumaat-Nya. Subhanallah. Ya Allah, kami mengharapkan kebaikan dari segala rahsia-Mu. Sempurnakanlah permulaan hari yang baik ini dengan penamat hari yang paling baik untuk kehidupan kami dunia mahupun akhirat. Amin... Selamat pagi, sahabat! Gandakan senyuman, gandakan sedekah!
Alhamdulillah, Raz masih berdoa dan masih tetap setia pada usaha agar impian Raz diberkati Ilahi dan dipermudahkan perlaksanaannya.
Walaupun begitu, hari-hari yang Raz lalui mematangkan Raz untuk tidak terlalu menaruh harapan yang fanatik terhadap apa yang impikan. Raz sekadar berusaha dan berdoa bersama kesabaran yang Raz ada. Selebihnya adalah di dalam ketetapan kuasa Tuhan semesta alam. Benar, penantian untuk sebuah impian itu amat menyiksakan. Namun rasa siksa itu akan tetap hilang dengan kesabaran dan keredhaan hati.
~SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENETAPKAN KETENTUAN-KETENTUAN ATAS MAKHLUKNYA LIMA PULUH TAHUN SEBELUM MEREKA DICIPTAKAN (HADIS NABI)~
Allah Maha Kaya, Maha Bijaksana atas segala ciptaan-Nya.
Biar hancur daging dan kering darah yang mengalir di badan, seandainya usaha tidak terizin di bawah ketetapan-Nya, kita wajib meneruskan hidup seperti biasa.
Namun, DIA berkuasa mengubah SEGALANYA. Terutama dengan kesungguhan kita mengharap dan bermohon kepada-Nya. Lebih lama kita menagih kasih dan pemberian-Nya, lebih menjadi kesukaan-Nya. Segalanya adalah rahsia-Nya yang tidak wajar kita persoalkan.
Apa yang menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba.. Usah sekali berputus asa. Usah juga tipiskan keyakinan kepada-Nya. Jika dihujung hati kita merasakan impian kita itu adalah salah satu ciptaan yang telah pun tersedia, laksanakanlah usaha kita terus menerus. InsyaAllah, suatu hari impian itu akan LENGKAP di dalam pelbagai cara dan bentuk kuasa-Nya.
Jom.. perkasakan hati. Lakukan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk mereka yang kita sayangi. Jangan susah hati.
MMuahhhks!
Moga Jumaat ini menjadi Jumaat yang penuh kebaikan. amin.
Thursday, March 10, 2011
Kukuhkan Lagi kesabaran
~Ya Allah! Wahai Yang Maha di dalam zat Pengasih melebihi segala yang dikasih, kasihilah diriku dan kasihilah mereka yang mengasihiku dan aku mengasihi mereka.Jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang menjerumuskan kami untuk derhaka pada-Mu. Ampunilah dosa-dosa kami dan iringkanlah kehidupan kami kepada jalan yang lurus yang penuh hidayah-Mu. Amin~
Assalamualaikum wbt, semoga dirahmati Allah selamanya.
Matahari sedang menenggelamkan cahayanya jauh, memberikan giliran pada malam untuk menimbulkan keindahan bulan, InsyaAllah. Raz sedang melihat matahari itu menyerakkan warna senjanya. Selamat malam, matahari. Terima kasih untuk khidmatmu hari ini.
Pulang dari kerja. Badan terasa ngilu, lemah dan letih. Dalam suam-suam rasa tersebut, pilu menjamah hati. Diusik bisikan syaitan yang jahat. Sesuatu telah berlaku dan rasa amat resah dan marah. Mempertikaikan keadilan sikap manusia yang begitu mudah memandang remeh akan usaha orang lain. "Madu dijamu, tuba dibalas". Pepatah yang Raz suaikan untuk sikap manusia yang begitu. Mohon Allah lindungkan hati Raz dari terlalu dipengaruhi pergolakan rasa tersebut.
Ya! Kenapa perlu kita gelisah seorang diri dengan sikap keji orang lain? Susah payah kita sedang asyik berkira-kira tentang ketidakadilan peribadi orang yang melukai perasaan kita. Di dalam pada masa yang sama adakah orang itu sedang menginsafi kesilapan yang tidak disengajakan atau sengaja diperlakukannya? Entah-entah dia sedang bergembira melayari hidupnya dan kita sedang terkial-kial meratap sikapnya?
Mungkin dia sedang berpeleseran bersuka ria menikmati kehidupannya yang ada dan kita pula sedang menangis mengenang kesedihan rasa yang telah berlaku diantara kita dan dia.
Cukup! Berhentilah mengenang-ngenang perkara yang berlalu! Iktibarkan segera yang sekalipun seminit yang lepas bahawa kisah itu hanya kenangan dan pengalaman. Lupakanlah. Serahkan keperitan pengalaman itu kepada Allah swt. DIA lebih bijak merawatnya. Lagipun, apa yang berlalu dan berlaku tetap telah terjadi dan tidak mampu dikembalikan dan diubah lagi. Biarlah Allah sahaja yang membalas apa yang baik dan apa yang buruk. Manakala kita, teruskan hidup! Teruskan usaha! Teruskan sabar!
Selagi Allah tidak mengapa-apakan kita, InsyaAllah... tiada satu makhluk pun yang dapat mengapa-apakan kita. Lagipun.. bukankah segalanya yang berlaku dalam hidup kita itu tetap bernama UJIAN? Jadi, bersabarlah terhadap segalanya. Pulihkan hati dengan segera.
Usah lengahkan hati dengan luka yang panjang dan parah. Jika orang yang menyakiti kita itu sedang bergembira, lalu kita yang disakiti juga berhak untuk bergembira. Masa kita jangan dibuang-buang dengan mengingati keperitan. Terlalu mahal untuk kita membazirkannya.
Apa jua yang berlaku, bersabarlah. Kukuhlah pada kesabaran, InsyaAllah jalan kemenangan akan terbentang nanti. Senyum lagi. Kuat-kuatkan hati!
MMMuahks!
Raz.R
Jangan Bingung; Jangan Sangsi.
Raz singgah lagi menyampaikan sayang, menghulurkan kasih dengan Assalamualaikum w.b.t dan doa yang dipanjatkan agar Allah memperbaiki diri dan kehidupan kita lebih baik dari semalam. Senyumlah! Juga sebutlah Alhamdulillah! Kita masih berupaya menikmati dingin pagi. Masih hidup lagi. Masih boleh berusaha menjadikan banyak perkara menjadi kenyataan. Terutamanya, menjadikan diri insan yang terbaik di pandangan Allah swt. InsyaAllah.. Amin Ya Robbal Alamin.
Cerita malam tadi tentang diri sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Raz kebingungan, kerisauan dan keletihan. Semakin hari tenaga dan kekuatan diri semakin surut ditelan usia. Cerita masa depan yang merisaukan. Terlalu banyak soalan 'KENAPA' dalam benak.
Sebening subuh, sehening tulus hati Raz membuka satu catatan lama dan mengulangi membacanya. Alhamdulillah, hati dan akal makin bangun semula.
Untuk hidup hari ini yang kita miliki, tidak perlu kita besar-besarkan kebingungan kita tentang hari esok yang tidak pernah kita tahu apa yang akan terjadi. Bergantunglah pada Allah swt semata. Berharaplah agar Allah memberkati segala usaha kita hari ini. Lakukan yang terbaik hari ini. Usah cemas lagi. Tutuplah fail lama yang mengingatkan kita akan kegagalan dan keruntuhan hati. Mulakan hari yang kita miliki hari ini dengan azam yang kental bahawa kita akan penuhkan hari kita dengan apa yang terdaya dengan sebaik-baiknya. Tidak perlu kita ramal apa yang bakal terjadi pada masa depan lagi. Desas-desus pahit yang kita dengar, tidak perlu kita pegang sebagai ramalan hidup. Itu hanya akan menyusahkan perasaan sendiri. Jangan biarkan diri kita takut untuk menghadapi hidup. Jangan biarkan kita sengsara dengan angan-angan yang panjang. Jangan biarkan mentaliti kita "gila" dengan perasaan-perasaan yang serabut.
"SEMBAHLAH ENGKAU AKAN DIA DAN BERSABARLAH DENGAN TEKUN, TETAP DALAM BERIBADAT KEPADA-NYA"-(MARYAM:65)
Bacalah doa di atas ini untuk menjauhi diri daripada hasutan syaitan yang sentiasa menggoda kita ke arah jurang-jurang keburukan. Lindungi diri dengan pedoman Ilahi.
Ayuh..!
Kita teruskan hidup tanpa rasa sangsi pada Ilahi. Biar apa pun terjadi!
Selamat pagi semua.. jom pergi kerja.. simpulkan senyuman yang nyata indahnya..
MMuahh!
Raz.R
Wednesday, March 9, 2011
Jangan Bimbang Pada Kecewa
Salam kasih untuk diri Raz dan untuk semua yang menjengah ruangan ini. Dengan ucapan Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.. dan Selamat Pagi Seindah Pagi!
Sepalit semyum yang manis dari Raz untukmu! :)
Malam tadi, malam yang indah kerana telah didendangi hujan yang mencurah. Agak lebat dan sejuk. Alhamdulillah. Doa telah di dengari Allah dan sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemberi Rahmat ke atas hamba-Nya. Terima kasih Ya Tuhan.
Malam tadi, Raz menjengah kehidupan mereka yang menulis tentang kehidupan mereka. Hiba sungguh kerana ramai dari kita yang lebih gemar menulis tentang KECEWA. Fitrah dari kelemahan kita insan. Kekecewaan itu adalah serangan dari dalam yang tidak berdaya ditepis kita.
Banyak sekali yang bercerita tentang kecewa dari usul TIDAK DIHARGAI. Ya, bila harga sebuah rasa dibuat sambil lewa, sudah tentu rasa mundur itu akan muncul. Raz juga selalu merasakan perasaan itu. Lukanya tidak kelihatan, tapi sakitnya amat menikam.
Wahai diri yang selalu dikecewakan... bertenanglah.
Kekecewaan itu tidak akan teguh terus melukakan kita.
Apa sahaja yang kita lalui dan mendatangkan kekecewaan,akan memberikan kita sebuah lintasan yang membawa kita ke arah kekuatan "di dalam". Janganlah bimbang. Doakan agar Allah mengurniakan kesabaran yang hebat dan berusahalah untuk megatasi kekecewaan itu dengan mengumpulkan semangat juang besar. Katakanlah pada diri.. "InsyaAllah, jika ini kehendak-Mu, Ya Allah.. berikanlah kurniaan-Mu agar aku terus kuat menghadapinya."
Baiklah, Raz dah terlewat untuk melakukan tugas Raz seterusnya. Wah! Ralit! Hehehe.. Kita sambung sembang kita lagi nanti. InsyaAllah. Jaga diri, jaga peribadi, jaga hati dan jaga iman...! Selamat pagi dengan penuh senyuman!
Sayang, sayang dan sayang,
Raz.R
Tuesday, March 8, 2011
Semanis-manis Pagi.
Assalamalualaikum wbt
SELAMAT PAGI!!!!
Selamat pagi pagi untuk hidup yang baru.. Alhamdulillah pada kesempatan yang diberi Ilahi untuk mengumpul sebanyak pengalaman bumi-Nya. Mungkin, kita mampu membawa sesuatu dari pengalaman itu 'ke sana' sebagai saksi kewujudan jiwa yang berusaha menjadi insan yang sebenar-benar insan.
SELAMAT PAGI, "EVERYBODY"!!... Moga bangun dengan senyuman hari ini.
Gema si jantan berkokok, kicau burung yang berbisik jauh ditelinga, pohon-pohon menyerikan hijaunya... seperti sedang bersyukur dan bertasbih. Cantik sekali!
Tiba-tiba Raz terfikir..
Hidup ini bukan untuk kalah,
dan bukan untuk menang.
Tiada yang yang kalah melebihi syaitan,
tidak juga ada yang akan menang melebihi Tuhan.
Wallahua'lam..
Mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah swt untuk semua usaha baik kita. Amin.
Senyum yang paling manis untuk pagi yang sungguh manis!!!! :)
Monday, March 7, 2011
KEMILAU HATI
Bissmillahirrahmanirrahim...
Raz terpesona dengan sebuah petikan yang Raz baca. Sedikit sebanyak ia telah mempengaruhi akal Raz dan mengetuk hati untuk memahami bagaimanakah caranya kita perlu mencari kemilau hati.
Mari kita baca bersama dan mari kita rasa di dalam jiwa.. sudah bergemerlapkah hati kita?
Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya itu setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.
Kilauan hati pemuda itu mengkagumkan semua yang memandangnya. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.
Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.
Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.
“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.
Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.
Melihat itu, orang ramai saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya..
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.
"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.
"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berceramok dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.
"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.
"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.
Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada kasih sayang dan cinta yang tercipta bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.
"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.
Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.
Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.
Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.
Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.
Alhamdulillah ...bersyukurlah kita andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.
SUBHANALLAH.
Raz terpesona dengan sebuah petikan yang Raz baca. Sedikit sebanyak ia telah mempengaruhi akal Raz dan mengetuk hati untuk memahami bagaimanakah caranya kita perlu mencari kemilau hati.
Mari kita baca bersama dan mari kita rasa di dalam jiwa.. sudah bergemerlapkah hati kita?
Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya itu setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.
Kilauan hati pemuda itu mengkagumkan semua yang memandangnya. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.
Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.
Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.
“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.
Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.
Melihat itu, orang ramai saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya..
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.
"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.
"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berceramok dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.
"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.
"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.
Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada kasih sayang dan cinta yang tercipta bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.
"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.
Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.
Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.
Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.
Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.
Alhamdulillah ...bersyukurlah kita andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.
SUBHANALLAH.
Senyum dong! Jangan Malas-malas...
Arghhh...
Malas benar untuk ke pejabat hari ini. Terasa ingin memutarkan masa mengembalikan kelmarin yang indah. Rehat.. Rehat dan rehat... Astaghfirullahalazim.. begitulah ketika jiwa tidak menjiwai pekerjaan yang dimiliki agaknya. Kadang-kadang Raz tertanya-tanya juga kenapa ya Allah letakkan Raz di situ? Kesesuaiannya kurang sekali, namun Raz tetap harus menelan segala duri dan memikul bebanan yang besar.
Ishhh.. betapa negatif dan ceteknya akal Raz.. Sesungguhnya setiap perubahan hidup yang berganjak untuk diri kita adalah yang lebih baik dari yang terdahulu. Allah Maha Tahu apa yang diperlukan hamba-Nya.. Terimalah dengan penuh redha dan bersyukurlah!
Jom..
Nak bersolek, dan nak pergi kerja dengan senyuman yang paling indah dan dengan doa yang paling gagah. Yeah!
Moga kita semua memperolehi yang paling baik dan dirahmati-Nya sepanjang kita dengan usaha kita untuk segalanya yang baik. Amin..
Selirik senyuman manis untukmu...
Raz.R
Sunday, March 6, 2011
Hujan yang dirindu
Hujan yang dirindu..
Setelah berbahang panas yang sengalnya seperti mambakar kulit, tiba-tiba mencurah tangisan sejuk dari langit. Alhamdulillah, syukur ! Allah masih kasihkan kita. Tumbuh-tumbuhan dan makhluk-makhluk Allah yang lain telah lama ternanti-nanti, terindu-rindu. Maha Adil Yang Esa, sungguh Engkau tersangat baik terhadap hamba-Mu.
Raz juga rindukan hujan yang telah lama tidak bertandang. Hujan, sering memberikan Raz rasa rehat segar. Terutama dihari Ahad, hari beristirehat. Sudah lama Raz tidak berkesempatan merasai ruang waktu bersendiri sambil menikmati titis- titis hujan yang membasahi bumi.
Ahhhaahhh!!! Seronok sekali!
Terima kasih Wahai Tuhanku.
Setenang Cinta
Cinta..
Ramai yang mabuk dengan rasa cinta. Banyak juga falsafah mengenai cinta. Tidak pernah putus ditelan masa. Cintalah yang sering dikejar-kejar kita. Malah, ada yang gila kerana cinta. Ada yang berusaha membeli cinta. Namun sejauh manakah cinta yang kita kumpulkan itu telah memberikan "rasa sebenar" ketenangan cinta?
Hanya yang mengalami pengalaman cinta itu sahaja yang mampu menjawab didaksi cinta yang telah dilalui mereka. Hati yang mampu menjawabnya.
Seluas mana pun jawapan kita tentang kehebatan cinta yang kita miliki...
Yang tetap menjadikan cinta itu ULUNG, TENANG dan AGONG tetap ALLAH SWT.
Menjadikan diri kita lebih mencintai Allah dan mengabdikan diri sebagai kekasih-Nya, itulah jalan UTAMA CINTA yang mendatangkan ketenangan yang saujana luasnya. Kita yang paling BAHAGIA adalah kita yang menjadikan kemuncak dan matlamat PERTAMA kita itu dengan mencintai ALLAH..
Setelah itu yakinlah segala cinta yang kita cari akan tetap hadir. Kali ini, cinta itu akan menjadi yang terbaik di antara yang paling baik.
Raz mendoakan agar kita semua dapat berusaha menggamit cinta yang sebenar sehingga alam dan seluruh ciptaan-Nya juga turut menjayakan cinta yang setenang dan semurninya. Amin..
Selamat Bercinta dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Salam sayang sentiasa, selamanya...
Saturday, March 5, 2011
TIDAK KESAL
Bersua kita kembali dengan kesejahteraan yang diberikan Allah SWT, dengan lafaz Alhamdulillah dan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Lama benar Raz.R sunyi meninggalkan ruang ini sepi seolah rumah tanpa penghuni. Entahkan ada yang mengunjungi, entahkan ada yang telah melupakan Raz.R yang bukan sesiapa. Namun tak mengapa, Raz.R sendiri pun insan biasa yang sering melupakan banyak perkara. Astaghfirullahalazim... Ampunkan aku Ya Allah, dan maafkan Raz, sahabat.
Banyak sungguh ujian. Banyak sungguh dugaan. Itu yang Raz rasa semenjak kebelakangan ini. Atau mungkin tidak sebanyak dugaan yang orang lain terima, namun kelemahan Raz yang kadang-kadang sejurus sebagai insan yang tidak berdaya mencetuskan dugaan itu sebagai bebanan yang tidak terpikul beratnya.
Hingga saat ini Raz melalui tahun yang makin berganjak dan usia yang terus berubah, semakin terasa begitu tipis iman Raz. Masih ada harapan untuk menebalkan iman yang kandas setiap hari, masih pula menimbun lapisan dosa yang mengusik hidup. Hahh.. itulah manusia..! Selagi hidup, tetap meniti segalanya ibarat bahtera yang terumbang ambing dipukul alun laut yang ada waktunya kencang, dan setengah waktu lagi tenang.
Bukanlah Raz ingin bangkitkan riak di dalam diri dalam menulis dan meletakkan jumlah penilaian di mata pembaca yang membaca penulisan Raz yang tidak seberapa ini. Namun, penulisanlah yang sering membangkitkan kekuatan hati pada Raz untuk lebih kental dalam bara semangat. Agar Raz muhasabah, bangun dan teruskan hidup ini. Mengingatkan diri. Menasihati diri. Mudah-mudahan, jika Raz mampu bangkit dan menapak lagi, yang lain akan turut memperolehi aura kebangkitan itu. Lalu, kita sama-sama bangkit menghadapi apa sahaja keperitan hidup ini demi dunia yang menjadi cabang ke mana pintu yang akan Allah letakkan nanti untuk kita di akhirat kelak.
Raz tidak ingin takut dengan kesilapan masa silam.
Raz tidak sekali mahu menyesali atas kegagalan terdahulu.
Raz tidak ingin goyah dengan keaiban yang meruntunkan kejatuhan harga diri.
Raz tidak ingin mengungkit-ungkit impian yang gagal Raz kecapi.
Yang Raz inginkan ialah...KEKUATAN, KESABARAN dan KETAHANAN bagi melepasi setiap pengalaman compang hidup yang lalu dengan MEMBINA perubahan ke arah kebaikan hidup yang berterusan bagi dunia dan akhirat. Kalaupun Raz masih lagi akan menerima kejatuhan..., moga kekuatan doa untuk diberi masa dan nyawa bagi sebuah peluang dari Allah SWT itu sentiasa tercipta untuk Raz sehingga Raz menjadi Raz yang dikehendaki oleh Allah.
Sungguh, Raz tidak ingin kesal menjadi diri Raz yang sebenar. Dan, Raz mendoakan bagi sahabat-sahabat yang membaca coretan Raz juga tidak akan pernah menyesal untuk menghijrahkan diri ke arah Allah sentiasa. Hingga akhir hayat hendaknya. Amin..
Sehina dan seburuk mana pun kita.. kita ini hamba-Nya dan DIA maha memahami apa yang telah dicipta-Nya.
Jangan putus asa, Raz!
Moga dikasihi Allah semuanya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)